Think....Feel...and...see.....

Wednesday, November 25, 2009

SaLam Eidul Adha...


Assalamualaikum......ello everybody...ne hao ma? hao..hao....Camna cuti?Ok? Best? Boring?Penuh dgn aktiviti mbina bdn?hoho...

Raya posa da blalu...Kini menjelang tiba raya qurban pl ( atau dlm bhs kampungny, raya aji..heheh..)

Teringat pl kisah dulu2( masa budak2 di kg ),saat nak dikorbankan seekor sapi atau lembu ( tak pasti sebab tak kenal mn sapi mn lembu ) di depan surau, blari2 hamba bsama sepupu sepapat untuk menyaksikan saat bsejarah tu. Dahlah semua kecik2, menyisip2 d bwh ketiak..( maksudku lengan ) org2 kampung utk melihat lebih dekat sapi/lembu tu disembelih..Mklumlah, budak2..agak busy body msa tu.

Mulanya, memang agak gerun nampak sapi/lembu ditumbangkan,almaklumlah..masi budak..imagine tinggi mengalahkan si Charles dlm X-Men tu..

Untuk perkongsian semua, ibdah korban ni sbnrnya mpunyai pelbagai fadhilat ataupun kelebihan khususnya bagi umat Islam..Kalau kita fikir n lihat bebenar, ibadah ni hanya dilakukan oleh yg mampu ataupn secara kongsi ( dlm bhs kita, main kolek2 atau patak2..heheh ). Selain tu, haiwan korban tu msti disembelih menurut cara Islam. Lagi satu, golongan yg mwajib menerima pembahagian daging ialah fakir miskin. Orang yang berkorban pula digalakkan mendapat bahagian tapi lebih baik jika disedekahkan semua pd org lain.

Okay, hamba nk kongsi kelebihan semeblihan ni menurut fakta sains ( kalau di barat, kebanyakkannya menumbangkan mangsa dengan suntikan, kejutan elektrik n lain2 yg tak dpt dipastikn )..Semua ni dinyatakan oleh Dr. Zakir Abd Karim Naik, seorang doktor yg memang terkenal bagi yg mengenalinya..huhuh..

1) Haiwan disembelih dengan objek yang tajam (pisau) – supaya haiwan mati cepat dan serta merta .
2) Dikerat salur udara , kerongkong dan saluran darah leher – menyebabkan kematian nya tanpa dikerat gentian saraf di dalam tulang belakang .
3) Darah perlu disalirkan – Penyaliran bertujuan mengeluarkan sebahagian besar darah yang akan menjadi bahantara mikroorganisma . Gentian saraf tulang belakang tidak boleh dikerat kerana ini boleh merosakkan gentian saraf ke jantung semasa proses itu dan mengakibatkan jantung terhenti dan menghentikan darah ke salur darah .

Antara kelebihan dan hikmah-hikmah lain yang tercatat dalam tulisan beliau adalah :

1) Darah adalah bahantara kuman dan bacteria – darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara ISLAM .
2) Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama – berikutan pengurangan darah pada daging berbanding cara sembelihan lain .
3) Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih – Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan . Oleh itu , haiwan tersebut tidak merasai kesakitan . Ketika hampir mati , haiwan itu meronta , menggeliang-geliut , menggeletar dan menendang , bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan .

Itu ja la perkongsian kali ni..hamba nak packing barang nak balik kampung pula..heheh.. Selamat menyambut hari raya qurban yer...




SaLaM eIiDuL aDHa....

Titipan Istimewa buat Senior



Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia..


Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik 4 tahun dah berlalu sekelip mata. Meskipun pertemuan dan perkenalan kita selama hampir 2 tahun setengah ini terlalu singkat, namun kami selaku adik2 senior kalian amat berbangga mempunyai senior seperti anda semua yang sememangnya terkenal dengan semangat juang yang tinggi..

Jutaan terima kasih ditujukan khas untuk semua senior OUM khasnya Abg Akmal ( mantan YDP dan Pengerusi Psatuan Kompang yang amat dan sangat dhormati ) Abg Musa ( mantan NYDP/Dato' dan bakal2 lecturer )dan semuanya atas segala tunjuk ajar, sentuhan motivasi dan sapaan semangat juang yang telah dikongsi selama ini...






Andai kami pernah terkasar bicara, terlanjur kata, tersalah tingkah selama ini, setinggi huluran kemaafan dari kalbu yang paling dalam kami pohon dari anda semua..

Teruskan memyokong adik2 junior selepas ini, dan teruskan perjuangan anda sekalian selagi hayat dikandung badan..Jadilanlah kerjaya sebagai satu ibadah yang amat tinggi nilainya..

Selamat 'posting', selamat menjadi pengajar dan selamat mengajar..Walau ke mana sekalipun 'terhumban' ( terhumban?..hehe..), ingat2lah kami di sini, kenang2lah IPGM Kampus Keningau ni yer.. Ada masa lawat2 lah kami..Ada gaji, belanja2lah kami..heheh..

Untuk itu, dua rangkap pantun dititipkan khas untuk semua abg dan kakak senior OUM yang tersayang.. ( heheh..serius nih..)

Ikan keli ikan haruan
Menjadi santapan si puteri raja,
Kenanglah kami dalam ingatan,
Iringilah kami bersama doa..

Tanam bakau di pinggir paya,
Benih disemai di pinggir kali,
Meskipun sudah jauh di mata,
Namun kan tetap dekat di hati..


Keep up the good work and till we meet again someday,somewhere, somehow..We gonna miss u all as our best senior ever all..

Selamat Bercuti Semua...





Assalamualaikum...
Salam muhibah..
Salam 1 Malaysia...

Yeehhaa..zaman percutian bermula sudah..Bagaimanakah perasaan kalian setelah tamat peperiksaan semester yang menyakitkan minda..? Heheh...Steady la geng, logot-logoton kio..( loghat Kunai ) Ada 6 kali lagi peperiksaan seumpama itu yang perlu ditempuh..

Sebagai antara penulis tak rasmi yang paling berusia di kelas, ingin ku titipkan beberapa pesanan kepada adik2 sekalian..heheh..

a. Solat jangan tinggal ( khusus bagi yang Islam )dan yang lain pun sama, jangan lupa sembahyang.
b. Jaga anggota deria anda ( mulut, telinga, kaki dan tangan ) daripada memukul, mengumpat, mendengar umpatan, memandang yang bukan2..heheh.. dan sebagainya.. )
c. Masa cuti, jangan malas baca buku ( sebagai persediaan semester depan..kurangkan facebook, lebihkan open book..hoho.. )
d. Masa cuti, jangan lupa kawan ( teknologi di hujung jari bha.. )
e. Belajar berenang bagi tak campin ( next sem kita p berenang di sungai padas..haha )
f. Belajar masak ( terutama bagi yang hanya tahu makan..heheh )
g. Buka blog kelas n tolong update..haha..

Itulah ja pesanan dari hamba. Byk lagi nak sampaikan, takut ada yg pening baca karang..

Harapan hamba, insyaAllah..semoga tahun depan kita dapat btemu lagi dengan wajah2 yang bertambah ceria, dgn jati diri yang utuh dan semangat yang baru untuk bersama2 menjulang visi misi IPG..hihi..

Okay...selamat bercuti semua..Till then,have a wonderfull holiday everybody............