Think....Feel...and...see.....

Wednesday, November 25, 2009

SaLam Eidul Adha...


Assalamualaikum......ello everybody...ne hao ma? hao..hao....Camna cuti?Ok? Best? Boring?Penuh dgn aktiviti mbina bdn?hoho...

Raya posa da blalu...Kini menjelang tiba raya qurban pl ( atau dlm bhs kampungny, raya aji..heheh..)

Teringat pl kisah dulu2( masa budak2 di kg ),saat nak dikorbankan seekor sapi atau lembu ( tak pasti sebab tak kenal mn sapi mn lembu ) di depan surau, blari2 hamba bsama sepupu sepapat untuk menyaksikan saat bsejarah tu. Dahlah semua kecik2, menyisip2 d bwh ketiak..( maksudku lengan ) org2 kampung utk melihat lebih dekat sapi/lembu tu disembelih..Mklumlah, budak2..agak busy body msa tu.

Mulanya, memang agak gerun nampak sapi/lembu ditumbangkan,almaklumlah..masi budak..imagine tinggi mengalahkan si Charles dlm X-Men tu..

Untuk perkongsian semua, ibdah korban ni sbnrnya mpunyai pelbagai fadhilat ataupun kelebihan khususnya bagi umat Islam..Kalau kita fikir n lihat bebenar, ibadah ni hanya dilakukan oleh yg mampu ataupn secara kongsi ( dlm bhs kita, main kolek2 atau patak2..heheh ). Selain tu, haiwan korban tu msti disembelih menurut cara Islam. Lagi satu, golongan yg mwajib menerima pembahagian daging ialah fakir miskin. Orang yang berkorban pula digalakkan mendapat bahagian tapi lebih baik jika disedekahkan semua pd org lain.

Okay, hamba nk kongsi kelebihan semeblihan ni menurut fakta sains ( kalau di barat, kebanyakkannya menumbangkan mangsa dengan suntikan, kejutan elektrik n lain2 yg tak dpt dipastikn )..Semua ni dinyatakan oleh Dr. Zakir Abd Karim Naik, seorang doktor yg memang terkenal bagi yg mengenalinya..huhuh..

1) Haiwan disembelih dengan objek yang tajam (pisau) – supaya haiwan mati cepat dan serta merta .
2) Dikerat salur udara , kerongkong dan saluran darah leher – menyebabkan kematian nya tanpa dikerat gentian saraf di dalam tulang belakang .
3) Darah perlu disalirkan – Penyaliran bertujuan mengeluarkan sebahagian besar darah yang akan menjadi bahantara mikroorganisma . Gentian saraf tulang belakang tidak boleh dikerat kerana ini boleh merosakkan gentian saraf ke jantung semasa proses itu dan mengakibatkan jantung terhenti dan menghentikan darah ke salur darah .

Antara kelebihan dan hikmah-hikmah lain yang tercatat dalam tulisan beliau adalah :

1) Darah adalah bahantara kuman dan bacteria – darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara ISLAM .
2) Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama – berikutan pengurangan darah pada daging berbanding cara sembelihan lain .
3) Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih – Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan . Oleh itu , haiwan tersebut tidak merasai kesakitan . Ketika hampir mati , haiwan itu meronta , menggeliang-geliut , menggeletar dan menendang , bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan .

Itu ja la perkongsian kali ni..hamba nak packing barang nak balik kampung pula..heheh.. Selamat menyambut hari raya qurban yer...




SaLaM eIiDuL aDHa....

0 comments: