Think....Feel...and...see.....

Sunday, December 6, 2009

Cinta Matematik

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan

Dirimu : Aku tidak percaya kepadamu kerana engkau ada kekasih baru untuk menjalankan tindakbalas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Dirimu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.

Aku : Tapi adalah pemalar!

Dirimu : Aku khuatir engkau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segitiga untuk menyelesaikannya.

Dirimu : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Aku : Ya, aku percaya tetapi aku mahu semua itu dlam bentuk lazim.

Dirimu : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkehwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.

Aku : Kau harus bersabar kerana sabar itu 0.5 daripada iman.

Dirimu : Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23

Dirimu : ??????