Think....Feel...and...see.....

Wednesday, August 4, 2010

Guru dan YB

Assalamualaikum...Salam sejahtera..
Kali ni, miss mod nak kupas sikit pasal isu yang agak hangat bagi para guru, iaitu guru DG41 dan 48 dibenarkan berpolitik.

Tiap perkara ada pro dan kontranya. Jika kita nak ulas bab politik negara ni, ianya cukup panjang dan miss mod sendiri bukan orang yang pakar dalam bidang politik ni. Tapi apapun, kita ni, sebagai penggerak bidang pendidikan negara(InsyaAllah), perlulah bersikap terbuka dan menilai sesuatu secara ilmiah yakni secara akademik. Apapun pandangan kita, janganlah ia disebabkan kerana kita menyokong mana-mana pihak, tetapi biarlah ia untuk kepentingan semua pihak.

Sebelum itu, cuba kita teliti dulu apa itu politik. Menurut kamus dewan edisi keempat, politik membawa makna ilmu yakni ilmu (pengetahuan) bkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: dan dalam erti kata lain, ialah segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain. Selain tu, ia juga diertikan sebagai kelicikan, muslihat, tipu muslihat.

Guru dan politik. Guru=YB. The teachers are going to be YB.. (betulkah BI miss mod ni)? Wah..mesti banyak kesulitan yang berlaku kelak. Tak mustahil ada juga guru yang ponteng sebab asyik berkempen menjelang pilihanraya. Yalah, nak jadi YB, kena usaha kuat untuk dapat sokongan.Kena rajin turun padang berkempen supaya menang undian ramai. Orang tua-tua cakap, kalau duduk goyang kaki saja, siapa yang mau pangkah untuk dia?

Manusia ni, tak boleh tumpu dua kerja dalam satu masa. Kena selesai satu-satu. Kalau dah asyik dengan politik, nanti kelas terabai, pengajaran pun ala kadar saja, macamana nak bentuk bakal pemimpin masa depan andai itulah situasi yang berlaku nanti?

Miss mod akui, politik ni memang menarik. Dan miss mod sendiri gemar mempelajari dan mengikuti politik semasa negara kita (secara umum sajalah)..Kalau tak pegang nilai berpolitik yang betul seperti dalam anjuran agama, makin banyaklah 'politikus' yang terhasil. Jika anda, sebagai guru, asyik berpolitik hingga tergolong dalam para 'politikus', apa nilai kerjaya sebagai 'guru' pada pandangan masyarakat luar pada kita semua?

Tidak salah berpolitik. Malah, jika menurut landasan yang betul, politik mampu membawa negara ke puncak kecemerlangan jika orang yang berpolitik itu sedar dan berusaha melaksanakan amanahnya. Lagipun, dengan adanya ruang untuk para guru berpolitik, ia menjadi medan untuk guru meluaskan pengaruhnya bukan sahaja pada anak didik, malah masyarakat luar yang berbilang bangsa, agama dan peringkat umur yang berbeza. Justeru, para guru yang bakal menjadi ahli politik, gunakanlah peluang dan ruang yang ada untuk kepentingan semua, bukan semata-mata untuk mendapatkan kuasa, pengaruh atau jawatan semata-mata. Dan ingat-ingatlah, bahawa tugas mendidik murid itu juga satu amanah yang sangat besar yang perlu dijaga dan ditunaikan sebaiknya. InsyaAllah..
Untuk para sahabat pelatih diluar, anda boleh membaca salah satu pandangan seorang pendidik berkenaan isu ini di sini.

Jika ada sebarang penambahan isu, dialu-alukan. Sebagai bakal guru, seharusnya kita membuka mida terhadap isu-isu semasa seperti ini..hehe..sama-sama kita berusaha menjadi pelatih yang serba tahu, walaupun tak dapat jadi serba boleh..Sekian dahulu untuk kali ini..Wassalam....



Jadi, terpulang kepada anda untuk menilai kaitan antara seorang guru dengan politik.

0 comments: