Think....Feel...and...see.....

Wednesday, June 10, 2009

Pendidikan Prasekolah?

Perkataan 'Prasekolah' berasal dari perkataan bahasa Inggeris 'pre-school' yang merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.
Pendidikan Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan nnegara ini. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

0 comments: