Think....Feel...and...see.....

Sunday, December 6, 2009

Cinta Matematik

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan

Dirimu : Aku tidak percaya kepadamu kerana engkau ada kekasih baru untuk menjalankan tindakbalas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Dirimu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.

Aku : Tapi adalah pemalar!

Dirimu : Aku khuatir engkau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segitiga untuk menyelesaikannya.

Dirimu : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Aku : Ya, aku percaya tetapi aku mahu semua itu dlam bentuk lazim.

Dirimu : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkehwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.

Aku : Kau harus bersabar kerana sabar itu 0.5 daripada iman.

Dirimu : Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23

Dirimu : ??????

Wednesday, November 25, 2009

SaLam Eidul Adha...


Assalamualaikum......ello everybody...ne hao ma? hao..hao....Camna cuti?Ok? Best? Boring?Penuh dgn aktiviti mbina bdn?hoho...

Raya posa da blalu...Kini menjelang tiba raya qurban pl ( atau dlm bhs kampungny, raya aji..heheh..)

Teringat pl kisah dulu2( masa budak2 di kg ),saat nak dikorbankan seekor sapi atau lembu ( tak pasti sebab tak kenal mn sapi mn lembu ) di depan surau, blari2 hamba bsama sepupu sepapat untuk menyaksikan saat bsejarah tu. Dahlah semua kecik2, menyisip2 d bwh ketiak..( maksudku lengan ) org2 kampung utk melihat lebih dekat sapi/lembu tu disembelih..Mklumlah, budak2..agak busy body msa tu.

Mulanya, memang agak gerun nampak sapi/lembu ditumbangkan,almaklumlah..masi budak..imagine tinggi mengalahkan si Charles dlm X-Men tu..

Untuk perkongsian semua, ibdah korban ni sbnrnya mpunyai pelbagai fadhilat ataupun kelebihan khususnya bagi umat Islam..Kalau kita fikir n lihat bebenar, ibadah ni hanya dilakukan oleh yg mampu ataupn secara kongsi ( dlm bhs kita, main kolek2 atau patak2..heheh ). Selain tu, haiwan korban tu msti disembelih menurut cara Islam. Lagi satu, golongan yg mwajib menerima pembahagian daging ialah fakir miskin. Orang yang berkorban pula digalakkan mendapat bahagian tapi lebih baik jika disedekahkan semua pd org lain.

Okay, hamba nk kongsi kelebihan semeblihan ni menurut fakta sains ( kalau di barat, kebanyakkannya menumbangkan mangsa dengan suntikan, kejutan elektrik n lain2 yg tak dpt dipastikn )..Semua ni dinyatakan oleh Dr. Zakir Abd Karim Naik, seorang doktor yg memang terkenal bagi yg mengenalinya..huhuh..

1) Haiwan disembelih dengan objek yang tajam (pisau) – supaya haiwan mati cepat dan serta merta .
2) Dikerat salur udara , kerongkong dan saluran darah leher – menyebabkan kematian nya tanpa dikerat gentian saraf di dalam tulang belakang .
3) Darah perlu disalirkan – Penyaliran bertujuan mengeluarkan sebahagian besar darah yang akan menjadi bahantara mikroorganisma . Gentian saraf tulang belakang tidak boleh dikerat kerana ini boleh merosakkan gentian saraf ke jantung semasa proses itu dan mengakibatkan jantung terhenti dan menghentikan darah ke salur darah .

Antara kelebihan dan hikmah-hikmah lain yang tercatat dalam tulisan beliau adalah :

1) Darah adalah bahantara kuman dan bacteria – darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara ISLAM .
2) Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama – berikutan pengurangan darah pada daging berbanding cara sembelihan lain .
3) Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih – Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan . Oleh itu , haiwan tersebut tidak merasai kesakitan . Ketika hampir mati , haiwan itu meronta , menggeliang-geliut , menggeletar dan menendang , bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan .

Itu ja la perkongsian kali ni..hamba nak packing barang nak balik kampung pula..heheh.. Selamat menyambut hari raya qurban yer...




SaLaM eIiDuL aDHa....

Titipan Istimewa buat Senior



Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia..


Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik 4 tahun dah berlalu sekelip mata. Meskipun pertemuan dan perkenalan kita selama hampir 2 tahun setengah ini terlalu singkat, namun kami selaku adik2 senior kalian amat berbangga mempunyai senior seperti anda semua yang sememangnya terkenal dengan semangat juang yang tinggi..

Jutaan terima kasih ditujukan khas untuk semua senior OUM khasnya Abg Akmal ( mantan YDP dan Pengerusi Psatuan Kompang yang amat dan sangat dhormati ) Abg Musa ( mantan NYDP/Dato' dan bakal2 lecturer )dan semuanya atas segala tunjuk ajar, sentuhan motivasi dan sapaan semangat juang yang telah dikongsi selama ini...






Andai kami pernah terkasar bicara, terlanjur kata, tersalah tingkah selama ini, setinggi huluran kemaafan dari kalbu yang paling dalam kami pohon dari anda semua..

Teruskan memyokong adik2 junior selepas ini, dan teruskan perjuangan anda sekalian selagi hayat dikandung badan..Jadilanlah kerjaya sebagai satu ibadah yang amat tinggi nilainya..

Selamat 'posting', selamat menjadi pengajar dan selamat mengajar..Walau ke mana sekalipun 'terhumban' ( terhumban?..hehe..), ingat2lah kami di sini, kenang2lah IPGM Kampus Keningau ni yer.. Ada masa lawat2 lah kami..Ada gaji, belanja2lah kami..heheh..

Untuk itu, dua rangkap pantun dititipkan khas untuk semua abg dan kakak senior OUM yang tersayang.. ( heheh..serius nih..)

Ikan keli ikan haruan
Menjadi santapan si puteri raja,
Kenanglah kami dalam ingatan,
Iringilah kami bersama doa..

Tanam bakau di pinggir paya,
Benih disemai di pinggir kali,
Meskipun sudah jauh di mata,
Namun kan tetap dekat di hati..


Keep up the good work and till we meet again someday,somewhere, somehow..We gonna miss u all as our best senior ever all..

Selamat Bercuti Semua...





Assalamualaikum...
Salam muhibah..
Salam 1 Malaysia...

Yeehhaa..zaman percutian bermula sudah..Bagaimanakah perasaan kalian setelah tamat peperiksaan semester yang menyakitkan minda..? Heheh...Steady la geng, logot-logoton kio..( loghat Kunai ) Ada 6 kali lagi peperiksaan seumpama itu yang perlu ditempuh..

Sebagai antara penulis tak rasmi yang paling berusia di kelas, ingin ku titipkan beberapa pesanan kepada adik2 sekalian..heheh..

a. Solat jangan tinggal ( khusus bagi yang Islam )dan yang lain pun sama, jangan lupa sembahyang.
b. Jaga anggota deria anda ( mulut, telinga, kaki dan tangan ) daripada memukul, mengumpat, mendengar umpatan, memandang yang bukan2..heheh.. dan sebagainya.. )
c. Masa cuti, jangan malas baca buku ( sebagai persediaan semester depan..kurangkan facebook, lebihkan open book..hoho.. )
d. Masa cuti, jangan lupa kawan ( teknologi di hujung jari bha.. )
e. Belajar berenang bagi tak campin ( next sem kita p berenang di sungai padas..haha )
f. Belajar masak ( terutama bagi yang hanya tahu makan..heheh )
g. Buka blog kelas n tolong update..haha..

Itulah ja pesanan dari hamba. Byk lagi nak sampaikan, takut ada yg pening baca karang..

Harapan hamba, insyaAllah..semoga tahun depan kita dapat btemu lagi dengan wajah2 yang bertambah ceria, dgn jati diri yang utuh dan semangat yang baru untuk bersama2 menjulang visi misi IPG..hihi..

Okay...selamat bercuti semua..Till then,have a wonderfull holiday everybody............

Sunday, November 15, 2009

PRA3104

PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

1. Gaya pembelajaran kanak-kanak
2. Holofrasa
3. Rekod anekdot
4. Penilaian dan pentafsiran ( atau pentaksiran- tak pasti ni)
5. Objektif pembelajaran bahasa di prasekolah
6. Model-model pemerolehan bahasa
7. Sistem bahasa
8. Faktor-faktor yang mempengaruhi kem. membaca, menulis, bertutur dan mendengar
9. Maksud pertukaran kod dalam pembelajaran bahasa kedua
10. Aktiviti yang sesuai untuk kemahiran mendengar
11. Konsep-konsep dalam topik 1&2 ( tak pasti apa ni..)
12. Analisis kesilapan kanak-kanak dalam pembelajaran bahasa kedua ( petikan diberi )
13. Langkah-langkah yang dilakukan untuk merancang proses pemerhatian

Tuesday, November 10, 2009

soalan PFKK...( sempatkah lagi ni?)

unknown sources..heheh
Struktur:
-Ciri-ciri pertumbuhan
-Kepentingan nutrient
-Penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak
-Cadangan bentuk gaya hidup sihat
Esei :
-Kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak
-Kenapa penting penjagaan kesihatan prasekolah
-Cadangan untuk mengelakkan kemalangan di prasekolah
-Cadangan bersihkan kawasan prasekolah

IPBL struktur :
-Konsep perkembangan fizikal ( beza pertumbuhan dan perkembangan)
-Aktiviti motor kasar dan motor halus, tangan dan mata
-Kebersihan makanan dan kesihatan
(Nutrient diperlukan kanak-kanak)
-Adab makan
-Perancangan menu
-Tujuan pemakanan dan gaya hidup sihat
-Kepentingan pendidikan alam sekitar, kanak-kanak dan penyakit
( cara cegah dan peranan guru)

Esei :
-Penyakit, keselamatan, perkembangan fizikal

IPPM-Ciri pertumbuhan, perkembangan
-Langkah penyediaan makanan
-Adab makan
-Cara kekalkan persekitaran yang bersih dan sihat di prasekolah
-Faktor kesihatan dari aspek agama, budaya, baka
-Peranan guru jaga kesihatan kanak-kanak
-Aktiviti kemahiran motor halus dan kasar
-Langkah atasi penularan penyakit dalam kalangan murid
-Penyakit yang sering serang kanak-kanak
-Aspek perkembangan fizikal
-Kepentingan jaga kebersihan,
-Cara menjaga alam sekitar prasekolah
-Pendidikan seksualiti kanak-kanak

Sunday, November 8, 2009

soalan spot baru EDU 3103...

soalan ni baru2 jgk dpt dr kawan.nampak lain dr soalan spot yg kena bg be4 this. maybe u all boleh rujuk. But pendek kata, baca ja la semua. hehehe...


EDU 3103
--> struktur
1) aspek alam belajar;
2) aspek sosial yang dianggap iklim skolah;
3) main; kepentingan main;
4) aspek perbezaan individu;
5) faktor perbezaan individu;
6) motivasi n jenis motivasi
--> esei
1) obj pendidikan pembelajaran humanis
2) implikasi teori pembelajaran sosial dlm p&P
3) konsep pembelajaran koperatif
4) jenis pembelajarn bestari
5) ciri2 blik drjh kondusif
6) implikasi perbezaan individu dlm pnp

Saturday, November 7, 2009

SOALAN SPOT PRA3104

PRA 3104 : PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Objektif:
1) Gaya pembelajaran kanak2
2) Holofrasa
3) Rekod2
4) Kurikulum prasekolah
5) Matlamat pengajaran Bahasa
6) Objektif

Struktur:
1) Model pemerolehan bahasa
2) sistem yg terdapat dalam bahsa/ perkembngan bahsa
3) Faktor yg mempengaruhi kemahiran menulis?
4) membaca, Apa i2 bahsa kedua
5) Pertukaran kod dlm bahsa kedua
6) Penglaman bahasa melalui pendengran,pertuturn, pembacaan

Esei:
1) Konsep pemerolehan bahasa
2) perkembngn bahsa,pembelajaran bahsa, kesilapan yg dlakukan oleh knk2
3) Analisis dan sintaksis, penilaian/ pemerhatian( lngkah2, Langkah semasa merancang pemerhatian.

Thursday, November 5, 2009

soalan dan jawapan lagi....gunakan sebaiknya...

BAHAGIAN B
(40 markah)
Jawab semua soalan.

1 (a) Jelaskan apa yang anda faham tentang dua konsep gaya pembelajaran tersebut
(4 markah)
field dependence – memproses maklumat secara global, kurang perhatian pada butiran terperinci.

field independence – memproses maklumat secara analitikal, beri perhatian pada butiran dan terperinci.

(b) Senaraikan tiga ciri murid bersandar medan (field dependence) dan tiga ciri bebas medan (field indepencence)
Field dependence
-Memproses mak.sec global
-Kategorikan konsep secara umum
-B’orientasi sosial
-Dipengaruhi kritikan
-Penentuan mat.& pengukuhan luaran

Field independence
-Memproses mak.sec analitikal
-Kategorikan konsep sec.khusus
-B’sifat peribadi
-< dipengaruhi kritikan
-Mat.&p’kuhan d’tentukn sdri

2. Main adalah sebahagian daripada aktiviti yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti main yang dijalankan haruslah bermakna.
(a) Senaraikan dua ciri main.

• Bermotivasi secara intrinsik
• Berfokus kepada fungsi
• Berubah-ubah merentasi situasi dan jenis kanak-kanak yang terlibat
• Tidak bermatlamat
• Mempunyai kesinambungan
• Berlaku di tempat yang selamat dan kondusif

(b) Jelaskan 3 kepentingan main
• Tingkatkan perkembangan kemahiran bahasa
• Tambahkan kemahiran sosial
• Memperkembangkan kreativiti dan imaginasi
• Meningkatkan kecekapan kemahiran berfikir
• Memupuk kebolehan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan
• Pemahaman terhadap dunia fizikal
3(a) Senaraikan 4 aspek perbezaan individu.

(i) Perbezaan emosi,p’bezaan rohani,perbezaan budaya,perbezaan fizikal,perbezaan kognitif.
3(b) Huraikan secara ringkas setiap perbezaan individu seperti
berikut:

(i) Perbezaan Kognitif

• perempuan biasa mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada lelaki

• murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan

(ii) Perbezaan Budaya

• Setiap murid mempunyai sistem kepercayaan yang berlainan

• Setiap budaya ada norma-norma dan kepercayaan sendiri

(iii) Perbezaan Fizikal

• Murid-murid berbeza daripada kekuatan fizikal

• Tingkah laku lelaki lebih agresif daripada perempuan

(iv) Perbezaan Emosi

• Semua murid mempunyai tahap emosi yang berlainan

• Kerana mereka berasal daripada keluarga yang berlainan tahap sosio-emosi dan kemahiran sosial.

(v) Perbezaan Rohani

• Setiap murid mempunyai agama mereka sendiri

• Murid-murid biasa mengikuti agama ibu bapa
4 (a) Nyatakan 4 cara guru dapat meningkatkan motivasi murid.
(i) memenuhi semua keperluan murid

(ii) menggunakan peneguhan positif dan negatif

(iii) menggalakkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif

(iv) mempelbagaikan aktiviti yang diminati murid

(v) menggunakan unsur suspend dan kecindan

(vi) membantu murid menetapkan matlamat yang realistik untuk dicapai

(vii) mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif


4(b) Berikan 3 strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan
motivasi kepada murid di dalam bilik darjah.
(i) menggunakan set induksi yang menarik.
(ii) menggunakan pengalaman murid yang sedia ada untuk
mengaitkannya dengan pelajaran baru.

(iii) membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan soalan mencabar.
(iii) mewujudkan semangat bersaing dalam aktiviti permainan dan
aktiviti pertandingan.

(vi) gunakan teknik peneguhan untuk memupuk dan mengekalkan
motivasi murid dalam pembelajaran yang selanjutnya.

(vi) memberi peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan dalam
pembelajaran mereka.

(vii) lain-lain jawapan yang munasabah.

Mungkin Soalan Spot..heheh....

Assalamualaikum..

Kepada semua rakan-rakan, di bawah ni ada sedikit soalan yg disampaikan oleh sahabat moderator. Janganlah terlalu berharap soalan ni la 100& yang keluar ya..Yang penting, kita berusaha sebaik mungkin...Okay? Jia you ( 100x ).....

PJM3102
objektif =
: konsep pa- manipulasi alatan- lokomotor-bkn lokomotor
: pp kemahiran pa
kepentingan, objektif, konsep permainan knak2
: model bnker n thorpe
: pengurusan/pengelolaan kanak2
: kategori/jenis2 permainan
: penialaian-alat pengukuran ujian gred
: struktur =
konsep/pengertian pa
: jenis pa
p n p kemahiran pa - kaedah/teknik
bunker n thorpe - pengenalan, kategori, konsep, prinsip ( UTAMA NIIH..)
esei = konsep, pengenalan pa
: pengurusan n pengelolaan permainan knak2 - kawalan, kawasan, keselamatan
penilaian – POSDCoRB


EDU3103( IPIK )

Bahagian B
1. a) Konsep gaya pembelajaran
b) 3 ciri gaya pembelajaran independent dan dependent

2. a) 2 ciri main
b) 3 kepentingan bermain

3. a) 4 aspek perbezaan murid
b) Huraikan 3(a)

4. a) Cara guru meningkatkan motivasi murid
b) 3 strategi p&p untuk memotivasikan murid dalam bilik darjah

Bahagian C
1. a) 5 ciri yang dimiliki oleh individu mengikut teori Abraham Maslow
b) 5 implikasi teori kontruktivisme dalam P&P

2. a) Jelaskan 5 perbezaan antara strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan murid
b) 5 kelebihan kaedah belajar sumbang saran

3. a) 5 ciri bilik drjah kondusif
b) Huraikan 5 implikasi model pengajaran inkuiri dalam P&P

JAWAPAN ESEI
Jawab dua soalan sahaja.
1. (a) Mengikut Maslow, individu mempunyai potensi untuk mengambil inisiatif sendiri dengan tujuan mendapat kepuasan dalam hierarki yang lebih tinggi.

Huraikan lima ciri individu yang dinyatakan di atas.

JAWAPAN:

(i) Boleh memahami hakikat yang sebenar
(ii) Boleh menerima realiti diri, orang lain dan alam semula jadi
(iii) Boleh mengikut aliran semasa tetapi tidak kehilangan jati diri
(ii) Mempunyai falsafah hidup dan moral sendiri
(iii) Mempunyai minat yang meluas terhadap pelbagai aktiviti
sosial.
(iv) Mempunyai rakan karib dan suka menolong orang lain.
(v) Mengamalkan demokrasi dan suka berjenaka.


b) Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.
Pada pandangan anda apakah implikasi Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran.

JAWAPAN:
(i) Peranan guru hanya sebagai penolong, pemudahcara dan perancang, sedangkan murid memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.
(ii) Kaedah pengajaran yang sesuai ialah kaedah koperatif dan kolaboratif.
(iii) Pengalaman dan kesediaan murid adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pemerolehan ilmu.
(iv) Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil pemerolehan
(v) Kaedah penilaian yang sesuai adalah berbentuk formatif.
(vi) Lain-lain jawapan yang munasabah


2 (a) Jelaskan perbezaan strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan murid.

JAWAPAN:

Pemusatan guru Pemusatan murid
• mengarah proses pembelajaran
• berupaya mengawal hak murid untuk menerima maklumat
• murid diibarat bekas kosong
• pengajaran utamakan murid-murid sederhana pencapaian
• semua murid berkembang kadar yang sama • setiap murid ada gaya pembelajaran tersendiri
• pembelajaran proses aktif dan dinamik demi kepentingan murid
• murid membina makna masing-masing melalui percakapan, penulisan, bacaan dll
• murid bukan bekas kosong tapi ada persepsi tersendiri
• pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan sesuai dengan minat


2 (b) Huraikan apakah tujuan anda menggunakan kaedah sumbangsaran.
(10 markah)

JAWAPAN:

• menarik perhatian murid terhadap sesuatu topik khusus
• memberi peluang menjana idea berkaitan sesuatu topik
• menerima idea orang lain
• menghormati perbezaan individu
• menggalakkan untuk sedia tanggung risiko dalam kongsi idea
• sumbangan idea dihargai
• berfikir luar biasa


3. Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif.
(10 markah)

JAWAPAN
(i) Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan murid-muridnya.

(ii) Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

(iii) Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru
sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

(iv) Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

(v) Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna.

(vi) Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

(vii) Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan.



(b) Berdasarkan Model Inkuiri, huraikan lima implikasi pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah.

(i) Menggalakkan murid terlibat secara aktif.
(ii) Murid tidak menakul secara logikal sahaja.
(iii) Penerokaan terhadap maklumat.
(iv) Membina keyakinan dan minat murid untuk membuat interpretasi sendiri terhadap fakta yang diajarkan.
(v) Menggalakkan murid menjalankan aktiviti kaji selidik secara berdikari.
(vi) Membentuk pemikiran positif murid dengan cara penerokaan saintifik.
(vii) Murid mampu meningkatkan celik akal dalam aktiviti.

Tuesday, November 3, 2009

eXaM is JusT aRouNd tHe cOrNeR


Menghitung hari..detik demi detik....exam kan datang tak lama lagi...huhuu..

Tak terasa ya..cepat masa berlalu mcm baru jak bulan 6..sem ni brjalan dgn senyap sekali, ta terasa da hampir nak cuti..Pa pun, minggu depan kita dah nak mduduki exam final tuk sem ni.So, berusaha la sebaik mungkin tuk mdptkn pointer yg tbaik yg mampu kita capai ya...We try together to get the best..wah..speaking dah..huhuuu....

Kepada yg masih bhutang dgn sesapa, bayarlah utang tue..karang tak berkat ilmu..hihi..dan jagalah makanan, pckapan, fikiran dan perasaan sepanjang tempoh ni khususnya..disamping belajar, jgn lupa bdoa ya...:)


Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan. Kita memang tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban ( betul ka?). Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari. hah...ni tip2 ringkas utk mnyediakn diri mhadapi exam...


Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai. Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.


Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita. Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya.


Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru. Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri. Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seorang penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Dia Yang Maha Kuasa yang menentukan segala-galanya. Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai sahabat sekalian... Janganlah gentar dalam berjuang menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya...menuntut ilmu itu satu perjuangan..


Selamat berjaya dalam peperiksaan...


MeMoRi Daun Pisang

Assalamualaikum.....
salam sejahtera..
salam 1 malaysia...
Hello everybody...oleh kerana minggu ni bermula dengan kisah BIG dan yg seangkatan dengannya..dgn bbesar hati ingin ambo paparkan gambar2 yg sedikit ini utk tatapan bsama utk mgamit memori kita semua...bukan selalu kita 4 opsyen dapt bsama2 dlm aktivti luar macam ni tau....hoho...so...tengok2lah..ingat2lah..dan jaga2lah ukhwah antara kita yaa....




tentera-tentera yang sedang bergerak ke destinasi


Pantai Binsuluk yang agak panas tetapi cantik dan menyejukkan mata

Kumpulan Tomborusong dengan istananya
dari kiri : zahid, jenifer, hidayah, wani, amri, oi lan, sylvia, lydiana, edna

Saturday, October 24, 2009

Tukang masak dan tukang makan...

Assalamualaikum semua..
Apa kabar semua?..wah..lama tak update blog...apa ble buat..mod sibuk dgn macam2 hal..hohoho...( tulah korang tak nak tolong update ..terutama si Hiah..hehehe..asyik ngn web ipgmnya saja )
Explore punya explore..tjumpa lagi video masa kita sem satu lalu..Yang kunun2 pi mhias prasekolah tapi sebenarnya, pi memask di dapur la pula..pa kes ni..X lama lagi mkin byk la sesi2 tingkah laku prasekolah yang comel2 dipaparkan dlm blog ni..tengah mencari dan m'explore lagi ni..Jaga2 ko Hiah..nanti ana kasi papar rakaman ko mbuli gadis birthday hari tu..hahaha...

tak lama lagi exam..bha..jgn lupa study kio inan-inan sekalian..jgn asyik ngn fb...hoho..

sekian terima kasihhhhh........

Wednesday, September 16, 2009

AURA SYAWAL KIAN TERASA....( balik kampung..ooohh..balik kampung..)

Assalamualaikum.....



Wah..tak terasa yer..da nk raya ni...pejam celik pejam celik ja da sampai ke penghujung ramadhan. Sapa yang tak full posa, tak ble beraya ( alamat ada la yang tak beraya..khususnya yg wanita )..hihi..



Selamat bercuti buat semua rakan-rakan, ingat2 lah sesama kita. Jangan beraya sakan sampai tak ingat dunia akhirat. Kenang2 lah kesusahan insan lain diseberang sana, nun jauh di pelusuk dunia. Banyakkan berdoa untuk mereka di alam 'sana'. Ingat2lah kita bakal menyusul..



Cuti2 juga..asignment jangan lupa siapkan. Nnti ada yang tak tidur malam sehari sbelum tarikh pnghntaran..hoho..( macam tak besa )..Banyak yang nak disiapkan tu, jangan sampai beraya pun bwa lptop..hehe



Sempena bulan mulia..bulan berkat ni, ana selaku moderator utama ( cewahh ) ingin menyusun sepuluh jari tangan n kaki memohon kemaafan andai selama perkenalan kita dalam tempoh ni, ana pernah menyinggung hati kalian semua, kot2 ada tkasar bahasa, tsilap kata dan sebagainya. Dan kepada sesiapa yang pernah ana 'terambil' makanannya or 'termakan terminum' makanannya, harap dihalalkan..InsyaAllah, murah rezki, ana belanja anda sekalian...Doakanlah ana dimurahkan rzki n cepat..em..cepat segalanya lah...



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua ..Puteri-puteri prasekolah...bawa kueh raya balik cti nti ( yg dri Srwk tu, kek batik diwajibkan..)

Friday, August 21, 2009

SeLaMaT beRcuTi dan SaLaM RaMaDHaN....


PBS da blalu..kini tiba pula cahaya Ramadhan...............

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pelatih muslim IPGM Kampus Keningau khususnya pelatih PISMP Prasekolah.....
Muhasabah diri selalu kengkawan..ingat2 org yang susah...jgn membazir bila bukak posa..Bersyukur la selalu ats segala nikmat yang dikurniaknNya..Sesapa yang merancang nk kuruskn bdn..ngam la itu geng..bposalah ngn penuh kesungguhan..huhu
Perbaikilah diri kita sebaiknya yer...Ambil kesempatan yang belum tentu kita dapat pda tahun hadapan ni...Moga ramadhan kali ni menjadikan kita semua insan-insan yang lebih baik dari sebelum ini..InsyaAllah..Jgn malas2 p terawih yerrr...

Selamat bercuti kepada semua...........Jgn malas sms kwn2 tau..NOKIA -connecting people..huhu...

Jumpa lagi lepas cuti.....

Wednesday, August 19, 2009

LARIAN MERDEKA TABIKA KEMAS KG. BAYANGAN

Salam ukhwah..Salam muhibah.. Salam kemerdekaan dan salam 1 malaysia..

Jeng..jeng..jeng...sapakah dua puteri preskul yg akan menyertai larian merdeka tabika kemas di kg bayangan yang akan diadakan pada 20 Ogos 2009?

Pastinya mereka insan yang 'tegap2' dan kuat lari utk mengelilingi kg bayangan yang agak luas tu .. ( ada 8 bahagian sumanya kalau tak silap )... Kalau tak tahan, uncitla kamurang ditinggal budak2 yang kiut2 tu.

Inilah dua puteri preskul yang akan menggegarkan bumi bayangan yang indah bukn stkt di bayangan mata..hahah...

Inilah mereka yang amat bersemangat untuk menyertai larian merdeka tu..Good luck girls..Jia you..jia you...Gambateh!!!!

Monday, August 17, 2009

PBS bermula lagi......!!!

Cerita hari Pertama

Bismillah..

Wahhh...PBS menjelma lagi dan secara rasminya bermula pada hari ini, 17 Ogos 2009 bersamaan 26 Syabaan 1430 H. Mmang agak kelam kabut pagi tadi. Semua puteri Pismp Preskul bangun awal..hahah. Kejutan PBS!Dimaklumkan bas akan menanti seawal jam 6.30 pagi. Pa lagi, semua bersiap dikeheningan pagi. Tunggu punya tunggu, hampir jam 7.30 pagi baru bas tiba. Riuh rendah dalam bas dengan keletah preskul yang tak pandai tutup cerita.

Kali ni, pusat PBS Preskul ialah tabika KEMAS dan Perpaduan. Berbeza dengan PBS sebelum ni, kami dihantar ke prasekolah yang ada di mana-mana sekolah rendah. Antara destinasi yang menjadi perhentian bas ekspres ip ialah Tabika Kg. Bakiau, Kg. Banjar, Kg. Masjid, Kg. Tuarid Taud, Kg. Bayangan dan Kg. Bayangan dan Kg. Kepayan ( yang paling jauh..hehe..bertuah Lau.. ). Banyak lagi tapi tak mampu den nak tulih semuanya. Hoho...

Apapun, semoga perjalanan PBS kita semua berjalan lancar sepanjang minggu ni. Marilh kita beramah mesra dengan kanak-kanak tabika dan penghuni rkun tetangga yang berdekatan..heheh..Good Luck Girls......

Friday, July 31, 2009

Kenangan Semalam

Assalamualaikum..Salam muhibah, salam ukhwah dan salam sejahtera semua puteri-puteri prasekolah yang comel loteh.
Akhirnya, setelah lama menyepi, dapat juga update blog ni. Apapun, janganlah mengharap moderator seorang meng'update' blog ni..huhu. Penat lah..Tolong-tolonglah bhaa..Kan tolong menolong tu amalan mulia.
Hamba tengah mengumpul semua maklumat terkini berkenaan perjalanan aktivti kita sepanjang 2 3 minggu ni. InsyaAllah, dalam masa terdekat, akan meriahlah blog ni dengan gambar-gambar yang di luar jangkaan.Hahaha..Jagalah korang semua.

Sebelum tu, tengah asyik hamba mencari gambar-gambr kita zaman muda2 dulu, terjumpalah gambar yang tak berapa 'dulu' ni. Hehe..Gambar sem2 lalu ni ..Tataplah sebagai renungan masa hadapan. Hiah..mencapub depan kamera..haha. Buat muka serius la bha lain kali..

Geng Sarawakian yang ceria-ceria semuanya. Senyum seindah suria....

Memori semasa menjadi pasukan koir IPGM Kampus Keningau. Ingat tak masa bila kita ambik gambar ni? Mesti korang lupa kan? Ish..ish...nilah suka makan maggi...Ingat sendiri la..huhuhu



Dari kiri : Becca, Santa, Edna, Theresia dan Hiah. Siapa paling comel? Undi..jangan tak undi. Semua ni wakil unduk ngadau dari serata borneo.
Becca tue juara unduk ngadau di Mukah tau. hihiii
Atutz pula dah bersara sebab nak jadi 'dekan' prasekolah yang paling berwibawa dan berdedikasi..:)

Monday, July 6, 2009

Result Exam....

Selamat menghayati kesudahan semester 1 dalam result yang terpampang di depan pejabat SUP...
Tahniah kepada sesiapa yang berjaya mengekalkan dan mempertingkatkan prestasi, dan selamat berusaha kepada yang masih belum berpuas hati dengan pencapaian masing-masing.
Jangan kecewa atau putus asa sahabatku.. Perjalanan baru bermula. Apa yang kita dapat, itulah yang setimpal dengan usaha kita. Muhasabah diri selalu. Mungkin kita lebih kuat berusaha semester lalu, tapi keputusan kurang memuaskan sebab kita ada 'hutang' dengan sesiapa atau denganNya. Bukanlah maksudku hutang piutang duit atau wang ringgit.
Mungkin kita belum memaafkan atau meminta maaf dari seseorang, mungkin kita sering lupa padaNya saat bertungkus lumus masa tengah study, mungkin kita tidak cukup ikhlas untuk belajar dan menuntut ilmu..dan banyak lagi kemungkinan lain.
Maaflah ayat-ayat cintaku ini seperti agak membosankan( mcm ceramah )..tapi ini sekadar perkongsian hati antara kita semua .. Maaf kalau ada yang tersinggung, maaf kalau ada yang terasa, itu lumrah dunia. Tak semestinya kita di atas aja. Kata orang, hidup ni macam roda..betullah tu geng..
So, apa yang penting, terima seadanya dengan ikhlas dan bersama-samalah kita meningkatkan usaha untuk memperbaiki prestasi diri, bak kata potongan lirik dalam lagu IPGM, 'menjunjung visi misi Ipg..'
Try our best in the next exam..:)..

Monday, June 22, 2009

SELAMAT KEMBALI KE IPGM KAMPUS KENINGAU

Assalamualaikum dan salam muhibah semua..
wah.. pejam celik pejam celik..da masuk ke sem 2 kita rupanya ya..Cepat benar masa berlalu
Tak sedar cuti da tamat..msti semua tertanya2 result exam 1st d alam degree..hehe..
Apa pun, selamat berjuang untuk semester kedua ni..Perjuangan baru bermula, so..
keep up the good work girls..:)

Wednesday, June 10, 2009

Pendidikan Prasekolah?

Perkataan 'Prasekolah' berasal dari perkataan bahasa Inggeris 'pre-school' yang merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.
Pendidikan Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan nnegara ini. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

KANAK-KANAK DAN PENDIDIKANNYA

Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl ( ١لطفل ) yang berasal dari perkataan tafula ( طفل ) yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Maknanya seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu diberikan perhatian.Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering melihat atau memang sedar masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendektan berhemah dalam membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak. Ia seperti sudah menjadi budaya mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-anak. Walhal begitu banyak hadis dan saranan ulama’ yang menyebut tentang peri pentingnya mendidik anak dengan kesabaran dan kelembutan. Namun realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, menghukum anak yang melakukan kesalahan selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik.
Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.Ini lah juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak.
Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendidkiawan Islam dalam membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia yang berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”
Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.

PENDIDIKAN KANAK-KANAK
Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk.
Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlaq, maka sudah pastilah nilai penghayatannya kontang dan proses aplikasinya tidak dapat diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi ‘pencapaian tinggi’ yang hakikatnya dalam ruang lingkup yang sempit yang hanya didasarkan kepada ketinggian pencapaian akademik sedangkan dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya.
Maka jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, ini bererti pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlaq murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

( dipetik dari 'Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif ' oleh Prof. Madya Dr. Mastura Badzis - Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
(Naib Presiden HELWA)