Think....Feel...and...see.....

Thursday, May 27, 2010

BIG Fasa II 2010 in memory


Assalamualaikum....Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah, pada 25 April lalu, berjaya jua kita melaksanakan program BIG biarpun serba kekurangan dan dikekang banyak masalah yang tak terjangka..Itulah pengalaman namanya..
Program BIG kali ni dilaksanakan di Rumah Anak Yatim Tambunan (RAY) dengan melibatkan seramai 41 orang guru pelatih yang terdiri daripada gabungan dua buah opsyen (PISMP Prasekolah dan PISMP Bm Ambilan Januari 2009)..

Ketibaan pada kira-kira jam 8 beberapa mint pagi tu disambut oleh wakil Ray (En Abd Gapar) yang juga merupakan Penolong Pengetua RAY.

Meskipun hanya setengah hari kita berada di sana, namun banyak perkara baru yang telah kita pelajari, betul tak? Dalam keriangan kita meneruskan kehidupan yang penuh warna warni di institut, masih ramai insan di luar sana yang memerlukan perhatian dan bantuan dari kita...seperti adik-adik ni..

Seperti kaiat En Abd Gafar, bukan wang ringgit semata yang mereka cari, yang mereka perlukan..tapi mereka dahagakan sokongan, motivasi dan kasih sayang dari insan-insan di sekeliling mereka. Jadi..bersyukurlah kita kerana dikurniakan kehidupan yang lebih baik dari yang kita sangka, dan dalam masa yang sama..jangan lupa insan yang kurang bertuah ini.. bantulah selagi terdaya...


Gambar 3 adik muda ni sebagai pembuka bicara...


Wakil RAY (En Abd Gafar)
Barisan tetamu (dari kiri : En Shamrin, Ustz Hafidz, En Abd Gafar )
Wajah-wajah jejaka Pismp BM
Siapa paling macho?


Penyelaras BIG (En Johan )


Yang paling cool dan sporting.. (Ustz Hafidz)


Kenangan sebelum bertolak balik ke institut






adik-adik...jangan tolak-tolak...

Saat keletihan menguasai diri...di mana pun ble landing...


Seriusnya cik Sylvia..


Masa-masa bekerja....( nanao interprem..hoho..)


ok loii..ko memang pakar mencedok...logot-logoton kio..

Hoe..pa yang hang tunjuk tu?

Adik-adik yang punya harapan tinggi...

Terbang hingga ke awan....

Alaa Boi..adik tu lagi pandai posing tau...


Hm...ni gambar yang paling miss mod suka....:)



Apapun...moga program yang telah kita lalui menjadi medan untuk kita melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza dan moga kehadiran kita ke sana membuka ruang baru untuk mereka melihat dunia luar dan menjadi pendorong kepada mereka untuk berusaha segigih dan sebaik mungkin untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara...

Moga adik-adik semua berjaya dan cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat...

Sunday, May 23, 2010

PRA3105

Pendekatan gabungjalin (inkuiri dan projek)

Faktor perkembangan kognitif kanak-kanak

Analisis perbezaan teori Piaget dan Vygotsky

Pembelajaran NCTM

Kriteria dalam kurikulum kognitif awal kanak-kanak

Kemahiran proses sains

Peringkat yang perlu diikut kanak-kanak semasa pemerhatian berdasarkan forman dan kushner (yang ni ntah nama tokoh or apa..first time dengar..)


Goodluck to all...