Think....Feel...and...see.....

Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts

Monday, March 22, 2010

My Name Is Khan








Assalamualaikum......

Apa khabar rakan-rakan semua? Setelah semua bercuti selama seminggu, mesti dah tambah bersemangat untuk menyiapkan asignment yang bertimbun kan? Hehee..

Apapun, miss mod nak kongsi satu entri pasal muvie yang mnarik ni (khas buat kaki-kaki muvie) dan yang bukan kaki muvie sekalipun..

Muvie ni bukanlah setakat membicarakan cinta yang menjadi dasar mana-mana kebanyakan filem masa kini. Ia lebih berfokuskan hubungan dunia barat dan Islam dan bagaimana ia berubah beberapa tahun kebelakangan ini setelah berlaku peristiwa 11 September. Dalam satu pandangan, muvie ini dikatakan '"it’s not about a disabled man’s fight against disability. It’s a disabled man’s fight against the disability that exists in the world — terrorism, hatred, fighting ... My Name is Khan is also about Islam and the way the world looks at Islam but we are not taking any sides. We are only trying to say that there are only good people and bad people. There are no good Hindus, bad Hindus, good Christians, bad Christians. Either you are a good person or a bad person. Religion is not the criterion, humanity is.'

Muvie ni tidaklah dijamin 100% benar tapi ia dibuat berkisarkan kehidupan semasa yang memang benar berlaku. Oleh itu, tengok muvie bukan sekadar tengok, tapi hayati mesej yang ingin disampaikan..

Okay...semoga perkongsian ini memberi manfaat walau sedikit..huhu..

Wednesday, November 25, 2009

Titipan Istimewa buat Senior



Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia..


Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik 4 tahun dah berlalu sekelip mata. Meskipun pertemuan dan perkenalan kita selama hampir 2 tahun setengah ini terlalu singkat, namun kami selaku adik2 senior kalian amat berbangga mempunyai senior seperti anda semua yang sememangnya terkenal dengan semangat juang yang tinggi..

Jutaan terima kasih ditujukan khas untuk semua senior OUM khasnya Abg Akmal ( mantan YDP dan Pengerusi Psatuan Kompang yang amat dan sangat dhormati ) Abg Musa ( mantan NYDP/Dato' dan bakal2 lecturer )dan semuanya atas segala tunjuk ajar, sentuhan motivasi dan sapaan semangat juang yang telah dikongsi selama ini...






Andai kami pernah terkasar bicara, terlanjur kata, tersalah tingkah selama ini, setinggi huluran kemaafan dari kalbu yang paling dalam kami pohon dari anda semua..

Teruskan memyokong adik2 junior selepas ini, dan teruskan perjuangan anda sekalian selagi hayat dikandung badan..Jadilanlah kerjaya sebagai satu ibadah yang amat tinggi nilainya..

Selamat 'posting', selamat menjadi pengajar dan selamat mengajar..Walau ke mana sekalipun 'terhumban' ( terhumban?..hehe..), ingat2lah kami di sini, kenang2lah IPGM Kampus Keningau ni yer.. Ada masa lawat2 lah kami..Ada gaji, belanja2lah kami..heheh..

Untuk itu, dua rangkap pantun dititipkan khas untuk semua abg dan kakak senior OUM yang tersayang.. ( heheh..serius nih..)

Ikan keli ikan haruan
Menjadi santapan si puteri raja,
Kenanglah kami dalam ingatan,
Iringilah kami bersama doa..

Tanam bakau di pinggir paya,
Benih disemai di pinggir kali,
Meskipun sudah jauh di mata,
Namun kan tetap dekat di hati..


Keep up the good work and till we meet again someday,somewhere, somehow..We gonna miss u all as our best senior ever all..

Selamat Bercuti Semua...





Assalamualaikum...
Salam muhibah..
Salam 1 Malaysia...

Yeehhaa..zaman percutian bermula sudah..Bagaimanakah perasaan kalian setelah tamat peperiksaan semester yang menyakitkan minda..? Heheh...Steady la geng, logot-logoton kio..( loghat Kunai ) Ada 6 kali lagi peperiksaan seumpama itu yang perlu ditempuh..

Sebagai antara penulis tak rasmi yang paling berusia di kelas, ingin ku titipkan beberapa pesanan kepada adik2 sekalian..heheh..

a. Solat jangan tinggal ( khusus bagi yang Islam )dan yang lain pun sama, jangan lupa sembahyang.
b. Jaga anggota deria anda ( mulut, telinga, kaki dan tangan ) daripada memukul, mengumpat, mendengar umpatan, memandang yang bukan2..heheh.. dan sebagainya.. )
c. Masa cuti, jangan malas baca buku ( sebagai persediaan semester depan..kurangkan facebook, lebihkan open book..hoho.. )
d. Masa cuti, jangan lupa kawan ( teknologi di hujung jari bha.. )
e. Belajar berenang bagi tak campin ( next sem kita p berenang di sungai padas..haha )
f. Belajar masak ( terutama bagi yang hanya tahu makan..heheh )
g. Buka blog kelas n tolong update..haha..

Itulah ja pesanan dari hamba. Byk lagi nak sampaikan, takut ada yg pening baca karang..

Harapan hamba, insyaAllah..semoga tahun depan kita dapat btemu lagi dengan wajah2 yang bertambah ceria, dgn jati diri yang utuh dan semangat yang baru untuk bersama2 menjulang visi misi IPG..hihi..

Okay...selamat bercuti semua..Till then,have a wonderfull holiday everybody............