Menghitung hari..detik demi detik....exam kan datang tak lama lagi...huhuu..
Tak terasa ya..cepat masa berlalu mcm baru jak bulan 6..sem ni brjalan dgn senyap sekali, ta terasa da hampir nak cuti..Pa pun, minggu depan kita dah nak mduduki exam final tuk sem ni.So, berusaha la sebaik mungkin tuk mdptkn pointer yg tbaik yg mampu kita capai ya...We try together to get the best..wah..speaking dah..huhuuu....
Kepada yg masih bhutang dgn sesapa, bayarlah utang tue..karang tak berkat ilmu..hihi..dan jagalah makanan, pckapan, fikiran dan perasaan sepanjang tempoh ni khususnya..disamping belajar, jgn lupa bdoa ya...:)
Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan. Kita memang tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban ( betul ka?). Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari. hah...ni tip2 ringkas utk mnyediakn diri mhadapi exam...
Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai. Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.
Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.
Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.
Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita. Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya.
Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru. Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri. Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seorang penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Dia Yang Maha Kuasa yang menentukan segala-galanya. Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai sahabat sekalian... Janganlah gentar dalam berjuang menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya...menuntut ilmu itu satu perjuangan..
Selamat berjaya dalam peperiksaan...
0 comments:
Post a Comment