Think....Feel...and...see.....

Wednesday, March 2, 2011

Motivasi Ilmu

Motivasi 1
"Berlakulah sederhana kepada sesiapa juga sehingga orang yang di bawah kita akan menghargai dan orang yang di atas kita merasa senang"
(Abul Islami)


Motivasi 2
"Biar saat orang lain dalam kegelapan, terpesona atau cemas melihat sesuatu kejadian, bagi orang bijaksana hanya diterima dengan senyuman, sebab dengan ilmunya ia mengetahui bahawasanya hal yang begitu mulanya, pasti begini akhirnya"
(Hukamak)


Motivasi 3
"Ilmu adalah sebaik-baik pusaka"
(Ali bin Abu Thalib)


Motivasi 4
"Trerdapat perbezaan antara orang yang paling bijak dan orang paling bodoh. Orang yang bijak tahu bahawa dia tahu paling sedikit manakala orang bodoh pula berfikir bahawa dia tahu paling banyak"
(Cendekiawan)


Motivasi 5
"Apa yang ditanam oleh guru-guru kepada muridnya bukanlah ilmu semata-mata, tertapi budi, persaudaraan dan keyakinan pada diri sendiri"
(Cendekiawan)


Motivasi 6

"Janganlah seseorang merasa malu mempelajari sesuatu yang tidak diketahuinya. Serendah-rendah ilmu adalah yang terhenti pada lidah dan setinggi-tinggi ilmu pengetahuan adalah yang nampak pada amal perbuatan"
(Cendekiawan)


Motivasi 7
"Akal itu ialah menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan dan ilmu itu pahlawan yang mempertahankan"
(Cendekiawan)


Bah..harap2 lepas baca entri ni, ada sedikit (atau banyak) peningkatan motivasi kita untuk belajar dengan lebih bersemangat..huhu..Tak lama lagi praktikum nih..kena banyak baca buku motivasi supaya tidak mudah stress dan gelabah di kelas nanti..Biarpun client kita cuma budak kecil (4-6tahun), miss mod percaya they have a big and unexpected demand..So, be ready GPS..

Wassalam...
Good Morning..:)

p/s : selamat menyiapkan assignment (khususnya PRA3110 : mo jadi usahawan bah kita ni) hoho..

0 comments: