Think....Feel...and...see.....

Monday, March 8, 2010

School Based Experience..




Assalamualaikum...salam 1 Malaysia buat semua...

Bermula hari ini, kita akan menjalani pengalaman baharu lagi di sekolah melalui program 'Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS )'...

Meskipun pengangkutan tidak disediakan seperti sebelum ini, namun itu bukan penghalang untuk kita meneruskan apa yang patut diteruskan..Betul kan??

Jadi, apapun yang bakal terjadi disekolah kelak..hadapilah dengan senyuman..dan ambilah peluang untuk mendekati kanak-kanak dengan sebaik mungkin agar kita dapat pengalaman berharga berkomunikasi dengan mereka, dan dalam masa yang sama, kita dapat menyiapkan kajian tugasan dengan baik dan jayanya..Seperti kata J.Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak boleh dinilai melalui interaksi dengan mereka (based on conversation)..so, sesiapa yang berhajat membuat kajian perkembangan kognitif..rajin2 lah berbual dengan kanak-kanak ni..hehe

Kepada rakan-rakan bach PISMP Ambilan Januari 2009, khususnya Pismp Prasekolah, selamat menjalani PBS dan bergembiralah dengan kanak-kanak riang sepanjang 5 hari ni...

Wednesday, March 3, 2010

Cuaca..oh..cuaca..



Assalamualaikum...
Salam satu Malaysia..

Kebelakangan ni, cuaca serantau termasuk di Keningau, Sabah ini dilanda musim panas yang agak menyengat fizikal dan mental. Seperti yang kita semua sudah maklum, senario ini kemungkinan besar akan berlarutan sehingga bulan April atau Mei. Jadi tak hairanlah kalau statistik pelatih yang sakit semakin meningkat ramai saban hari. Ada yang demam, sakit leher, sakit perut, pening, sakit tekak dan banyak lagi. HEP pula pasti akan menjadi persinggahan ramai pelatih yang ingin mendapatkan surat sakit. 'Uncle driver' pula hari-hari kena ready hantar pelatih yang akan ke hospital..




Justeru itu, miss mod berharap agar semua puteri prasekolah khususnya dan warga IPG Keningau amnya bijak dalam merancang aktiviti seharian dalam keadaan yang kurang baik untuk kesihatan kita semua. Kepada puteri-puteri prasekolah yang kurang sihat sama ada disebabkan oleh perubahan cuaca atau selainnya, miss mod doakan anda semua cepat sembuh, makanlah ubat mengikut masa dan banyakkan minum air..

Kepada semua warga pelatih dan warga Malaysia, bersama-samalah kita menjaga kesihatan diri dengan sebaiknya. Jaga pemakanan, rancang aktiviti dan banyakkan minum air..sekali lagi, banyakkan minum air..Kenapa? Sebab dalam cuaca yang panas ni, badan kita mudah berdehidrasi ( melalui sejatan peluh ). Bila air kurang dalam badan, ia akan mengubah keseimbangan dalam tubuh atau dalam istilah sainsnya, berubah cerun kepekatan osmosis dalam tubuh badan. Bila tak seimbang, maknanya, kandungan garam lebih tinggi, dan ia menjadikan kita haus dan perlu minum untuk kembalikan kepekatan kepada tahap yang normal. Kesimpulannya, bila kita terasa haus atau dahaga, itu tandanya badan kita telah mengalami dehidrasi. So, jangan tunggu haus baru minum.. Kena minum juga walau tak haus..

Miss mod juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan sekalian berfikir, mengapa terjadinya perubahan cuaca ini? Apa yang telah berlaku? Apa hikmah disebaliknya? Patutkah kita mengeluh atau melahirkan ketidakpuashatian terhadap cuaca yang hanya mengikut arahan dariNya, atau sebaliknya bersyukur kerana masih diberikan peluang menyaksikan dan merasai semua ini agar kita tahu manusia semakin lupa daratan, dan semakin rakus meneroka dunia tanpa memikirkan kesannya apabila nafsu kekayaan dan kemajuan membutakan mata hati semua? Tepuk dahi, tepuk dada, or tepuk tangan..dan fikirlah sendiri...

Last but not least...Jagalah kesihatan kita...



p/s: kepada rakan-rakan Sains, tolong betulkan andai pernyataan mengenai dehidrasi di atas kurang tepat..Komen anda sangat dialu-alukan dan didahului dengan jutaan terima kasih.,

Tuesday, February 23, 2010

Assalamualaikum.....

Salam satu malaysia..hehe

Semestinya skg kita semua tengah sibuk menyiapkan assignment yang makin mghampiri tarikh phantaran.... So..selamat berusaha dan selamat maju jaya...

Sebelum tu..sebenarnya, tengah surfe internet berkenaan lagu kanak2 tdi, jumpala beberapa lirik yg bkaitan..so..kira nak kongsila..moga bermanfaat utk semua..

ble klik kat sini ya..-lirik lagu kanak-kanak-

Friday, February 12, 2010







SELAMAT TAHUN BARU CINA....HEHEHE...GONG XI FA CHAI....

kpd warga kelas Terian khasnya yang akan mnymbut tahun baru...limau n angpau jgn lupa bawa lepas cuti...hohoho...

Assignment jagn lupa siapkan...berlambak tue...

anyway...
Happy Holiday Girls.......