Assalamualaikum...
Salam satu Malaysia..
Kebelakangan ni, cuaca serantau termasuk di Keningau, Sabah ini dilanda musim panas yang agak menyengat fizikal dan mental. Seperti yang kita semua sudah maklum, senario ini kemungkinan besar akan berlarutan sehingga bulan April atau Mei. Jadi tak hairanlah kalau statistik pelatih yang sakit semakin meningkat ramai saban hari. Ada yang demam, sakit leher, sakit perut, pening, sakit tekak dan banyak lagi. HEP pula pasti akan menjadi persinggahan ramai pelatih yang ingin mendapatkan surat sakit. 'Uncle driver' pula hari-hari kena ready hantar pelatih yang akan ke hospital..
Justeru itu, miss mod berharap agar semua puteri prasekolah khususnya dan warga IPG Keningau amnya bijak dalam merancang aktiviti seharian dalam keadaan yang kurang baik untuk kesihatan kita semua. Kepada puteri-puteri prasekolah yang kurang sihat sama ada disebabkan oleh perubahan cuaca atau selainnya, miss mod doakan anda semua cepat sembuh, makanlah ubat mengikut masa dan banyakkan minum air..
Kepada semua warga pelatih dan warga Malaysia, bersama-samalah kita menjaga kesihatan diri dengan sebaiknya. Jaga pemakanan, rancang aktiviti dan banyakkan minum air..sekali lagi, banyakkan minum air..Kenapa? Sebab dalam cuaca yang panas ni, badan kita mudah berdehidrasi ( melalui sejatan peluh ). Bila air kurang dalam badan, ia akan mengubah keseimbangan dalam tubuh atau dalam istilah sainsnya, berubah cerun kepekatan osmosis dalam tubuh badan. Bila tak seimbang, maknanya, kandungan garam lebih tinggi, dan ia menjadikan kita haus dan perlu minum untuk kembalikan kepekatan kepada tahap yang normal. Kesimpulannya, bila kita terasa haus atau dahaga, itu tandanya badan kita telah mengalami dehidrasi. So, jangan tunggu haus baru minum.. Kena minum juga walau tak haus..
Miss mod juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan sekalian berfikir, mengapa terjadinya perubahan cuaca ini? Apa yang telah berlaku? Apa hikmah disebaliknya? Patutkah kita mengeluh atau melahirkan ketidakpuashatian terhadap cuaca yang hanya mengikut arahan dariNya, atau sebaliknya bersyukur kerana masih diberikan peluang menyaksikan dan merasai semua ini agar kita tahu manusia semakin lupa daratan, dan semakin rakus meneroka dunia tanpa memikirkan kesannya apabila nafsu kekayaan dan kemajuan membutakan mata hati semua? Tepuk dahi, tepuk dada, or tepuk tangan..dan fikirlah sendiri...
Last but not least...Jagalah kesihatan kita...
p/s: kepada rakan-rakan Sains, tolong betulkan andai pernyataan mengenai dehidrasi di atas kurang tepat..Komen anda sangat dialu-alukan dan didahului dengan jutaan terima kasih.,
Teaser : Hari Jubah Saya!
11 years ago
0 comments:
Post a Comment