Think....Feel...and...see.....

Wednesday, January 19, 2011

Happy Birthday..and Happy belated Birthday

Assalamualaikum..salam sejahtera...

Pertama kali, miss mod minta maaf kat Farhana @ Miss Nanao kerana lambat mengucap selamat buat ulang tahunnya...Happy belated b'day Nao (15 Jan 2011)...biarpun miss mod lewat ucap 5 hari ...tapi harap2 taklah lewat sangat...huhu..


Tak lupa kepada birthday girl today (20/01/11)...Theresia @ Atutz @ Amoii...happy birthday..happy 22 to both of you girls..

Makin tua uda kamurang tu...sudah 20-an..huhu..Ingat2 laitu...hehe

Gambar ni miss mod ambik dari kenangan PBS kita di tadika tu (Sem 2 2009) Jadi nampak comel lagi la..muka time muda kan..hehe...Minta maaf gambar tak jelas, edit ja tu, ikut cara yang Dana ajar di kelas hari tu..(kredit to Dana..:))

To both of you...:
  • Moga sentiasa ceria, gembira dan sihat selalu..
  • Moga dipermudahkan semua urusan
  • Moga panjang umur, dapat jodoh yang baik dan rezeki yang melimpah ruah..
  • Moga tambah matang dalam menghadapi cabaran mendatang..:)...
  • Moga cemerlang dunia dan akhirat...insyaAllah...amin..
Oleh kerana tiada hadiah..anggaplah gambar-gambar ni sebagai hadiah..hehe..


p/s : Makin bertambah usia ni..terbayang makin singkat pula umur kita kan?..So..hargailah apa yang ada depan mata kita sekarang ni...esok lusa mungkin dah tiada lagi...(Luv GPS's team)..

Sekian dulu..wassalam...:)

Tuesday, January 18, 2011

Bayangan Masa Depan

Assalamualaikum..salam sejahtera....salam perpaduan...


Kabare para blogger sekalian? Sihat-sihat aja bah kan..Cuma poket ja yang sakit tengah kering tunggu elaun masuk..hoho...

Sedar tak sedar, dah masuk interaksi minggu ketiga bagi semester 5..Wah..dah semester 5 bah..3 semester lagi menanti, lepas tu....bulih panggil cigu uda...hehe..

Lama bebenar blog kelas ni tak dikemaskini..Oleh itu, miss mod menggagahkan diri juga melawan arus ketidakrajinan meng'update' agar blog kelas ni nampak ceria semula..

Bah..tengok-tengok dulu gambar di bawah ni, supaya terbayang sikit camana agaknya sekolah yang bakal kita pergi bila dah posting nanti..Yang ni..baru P1 kot..hehe... Selamat menengok..

Cantikkan? Ada kabus lagi...best kan?

Sekolah pun penuh kehijauan..tak sakit mata, malah baik untuk penglihatan yang bermasalah

Hm..jalan pun okay..boleh bawa kereta. Mau lagi laju, bawa motorlah..jalan bukan aspal

Hah..ni rumah masyarakat sekitar sekolah rasanya..kena rajin bertegur sapa dengan penduduk..

Kalau musim hujan, kereta susah nak lalu, hah..merempitlah umpama penunggang profesional..Jangan lupa bawa baju lebih untuk tukar bila dah sampai sekolah..

Kalau banjir atau jalan rosak teruk, minta tolong orang kampung ambik dengan fourwheel istimewa..best kan? adventure-lah katakan...

Okay..masuk dlam lagi..fourwheel pun tidak dapat lalu sudah..terpaksa 'rafting'..tidak boleh bawa muatan lebih. Kalau tidak pandai berenang, kena praktis dari sekarang

Inilah antara ragam murid kita nanti..ada yang tidak pakai baju sekolah, kaki ayam, muka mengantuk dan penat...

Tapi bila dah lama duk dalam nun di hutan sana, hah..dengan kanak-kanak ni semualah cikgu-cikgu bermandi manda, siap ada kaum ibu lagi temankan cikgu tau..hehe

P/S :Untuk makluman gambar di atas diperoleh dari sumber yang pelbagai, dan 99% kawasan perkampungan orang asli di Semenanjung. Jadi kita yang di Sabah ni, mungkin lebih banyak yang lebih sukar dan jauh dari apa yang kita dapat bayangkan...Nama-nama seperti Salinatan, Pagalungan, Pensiangan, Ulu Tomani, Rundum dan sebagainya, semat-sematkanlah di hati anda kerana mungkin di sanalah anda akan diterbangkan...hoho...


Sekian dulu untuk kali ini..

Monday, November 15, 2010

Detik-detik akhir melewati semester 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera..salam 1 Malaysia..

Tanpa kita sedar, 'buku' semester 4 hampir menuju ke muka surat terakhir..Banyak suka duka terlakar sepanjang sem ni, dan tidak akan ada kata yang dapat mengungkap persis dengan apa telah kita semua lalui...Walaupun semester ini merupakan antara semester terpadat, dan terasa antara yang tersingkat..namun ia juga merupakan antara semester yang paling banyak kenangan suka duka..(wah..adakah GPS Team pernah berduka?..mesti ada juga kan..)

Apapun , semoga apa yang telah kita lakukan bersama sepanjang sem ni bakal menjadi kenangan terindah antara kita semua.

Masa cuti, jangan lupa 'kontek-kontek'..biar jauh nun di Sarawak atau N9..hehe...

Nilah antara gambar yang sempat miss mod upload untuk ditatap saat kerinduan..cewahh..

(Ni antara yang latest..memang sangat latest..lepas exam bha..hehe..biarpun kurang sorang, tetapi aura 24 tetap kuat..)


Antara kenangan sukan..GPS Team...

Kompang team @ GPS Team + 4 jejaka IPG..(Tapi ni ada junior juga la..hehe..)

Meraikan kemenangan bola baling..hehe...tapi ni pun tak cukup 3 orang...tapi sama juga ..aura 24 tetap ada..

Bersatu kita teguh..bercerai kita roboh..

We're strong when we unite..

Love GPS's Team..:)

Happy Holiday to all GPS team....

Till we meet again..some day...some where..some how..
[insyaAllah, andai dipanjangkan umur..:)]

Saturday, October 30, 2010

'soalan spot' (jadikan latihan)

Spot EDU3105

IPBL

stuktur
1a empat cara bagaimana media dikatakan dapat mengatasi masalah dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid yang pelbagai kebolehan.
1b Pilih satu media pengajaran dan jelaskan pembahagian media tersebut berdasarkan konsep media menurut Torkelson
2a Apabila anda meletakkan mod kamera kepada AF lalu memfokus kepada suatu objek tetapi lensa tidak dapat memfokus subjek tersebut. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku
2b Mod A pada kamera Nikon atau AV pada kamera Canon berfungsi dengan cara
3a empat cara terbaik untuk memilih password
3b Senaraikan tiga tanggungjawab atau akauntabiliti anda sebagai pengguna ICT
4a Nyatakan 6 langkah penerbitan yang diperlukan mengikut urutan
4b huraikan empat jenis pergerakan kamera video

esei

1a Huraikan prinsip reka letak visual
1b Huraikan bagaimana anda menggunakan Model ADDIE untuk menghasilkan media yang anda pilih
2a Jelaskan tiga kekuatan dan dua kelemahan media foto dalam pengajaran dan pembelajaran
2b Senaraikan lima jenis aktiviti yang boleh dipadankan dengan bahan audio. Berikan huraian anda
3a Microsoft Excel.Anda dikehendaki menyenaraikan lima peranan perisian ini. Berikan penjelasan bagi setiap peranan melalui contoh yang anda pilih.
3b Anda diminta untuk membina satu bahan bantu mengajar yang dapat dikategorikan sebagai media interaktif. Buat satu gambaran mental, senaraikan lima ciri media interaktif

spot dari IPG Kampus Raja Melewar...

struktur

1.a. apakah media pengajaran
1.b. peranan media dalam p&p
1.c. 6 jenis shot sudut pengambaran
1.d. pergerakan kamera video
2.penyalah gunaan ict dlm kalangan msykt malaysia.

esei

1.a. langkah2 dalam mdel ASSURE. Huraikan
1.b. buat RPH berdasarkan model ASSURE.
1. c. huraikan jenis2 analisis pelajar yang perlu ada semasa rancang sesuatu topik.
2.a. kesan kepentingan pengintegrasian ICT dlm p&p.
2.b. beri contoh rancangan guru utk mengintegrasikan ICT dalam p&p.. 3 contoh.
3.a. langkah2 yg perlu anda ambil bg melengkapkan rakaman vedio.
3.b. kelebihan & keburukan OHP

p.s~ menurut sumber , kampus batu lintang yang membuat soalan edu. TQ

Apapun...jawab ja la..hehe..insyaAllah, ada juga manfaatnya..anggap ja 'soalan spot' ni satu latihan, bukan spot 'soalan sebenar'..huhu..

good luck to all..especially to GPS's team...gambateh!