Think....Feel...and...see.....

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu..




Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia..

Lama miss mod tak update blog ni yer..almaklumlah..semua pun sibuk dengan pelbagai aktiviti lain..Sampai ada yang bertnya, bila nak update blog? Hm..sapa suru tak nak tolong miss mod cari bahan..hehe

Sempena sambutan hari ibu..miss mod pun tfikir utk buat cerita pasal ibu pl..Lebih-lebih lagi semua ahli prasekolah adalah kaum hawa yang bakal bergelar ibu (insyaAllah) dan pagi tadi preschool's members telah mengendalikan perhimpunan rasmi dengan tema hari ibu..

Walaupun orang kata kaum wanita ni cerewet, banyak songeh dan macm-mcam lagi, tak apalah..Secerewet mana pun kaum hawa, kaum adam pasti akan memilih kaum hawa untuk jadi teman hidupnya..betul tak? Benarlah, adam tak lengkap tanpa hawa..

Apapun, miss mod bharap kita semua yang jauh dari keluarga ni jangan sesekali melupakan mereka yang cukup istimewa khasnya insan bernama ibu.
Jangan sesekali kita lupa perjuangan ibu bergadai nyawa untuk melahirkan kita dan membesarkan kita..
Bukan sedikit peluh dan air mata yang jatuh ke bumi dalam memastikan kita jadi seperti apa adanya hari ini..
Justeru itu, hargailah ibu kita..sayangi dia seadanya..jagalah hatinya dan jangan sakiti dia..bersyukurlah kita pada Tuhan kerana mengurniakan kita seorang ibu yang sanggup menggadaikan nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini..

Biar setinggi mana pun kejayaan kita..
Biar segah manapun kita berdiri..
Biar sejauh manapun kita melangkah..
Kita semua lahir dari rahim seorang insan yang cukup isitimewa bergelar 'ibu'..
Biarpun dunia merayakan hari ini untuk semua ibu,
namun..bagi kita..setiap hari, hari ini dan hari seterusnya adalah hari untuk merayakan kasih dan sayang ibu kita...

Terima kasih ibu...:)






Monday, April 12, 2010

Kompang's song for Jubli Perak

1 Malaysia


Merenung tajam jauh ke megaMu..
Sujudku syukur harmoni berpadu..
Indah gemilang..oh tanah airku..
Ya Allah Tuhanku..Kau satu..

Percaya akan janji musibahMu..
Redha dan berserah, hikmahMu ya Allah..
Quran dan sunnah..megah di depanku..
Bangunlah bangsaku..
Malaysia bersatu...

Satu Malaysia kita dibawahMu Allah..
Ummah gemilang..teguh..
Cemerlang di mata dunia..
Oh 1 Malaysia..I devote myself to you..
Under the rule
Of Almighty Allah..I praise You..
With all my heart and soul..
Malaysia's under You...
Ah.....................



by : Ricardo Tawit [KPLI Muzik] & Nasyid Team of IPG Keningau Campus (2009)



p/s: Goodluck to IPG Kompang's Team ( especially the preschoolers )...try our best to give the best and great kompang's sound..heheh...

Saturday, April 10, 2010

Pembubaran Jawatankuasa Persatuan Kompang IPKS

Assalamualaikum..


Salam 1 Malaysia..

Baru-baru ini, jawatankuasa Persatuan Kompang IPKS atau IPG Kampus Keningau telah dibubarkan...Rsa sedih juga, sebab terasa kehilangan pemimpin yang sangat dikagumi (mantan pengerusi persatuan kompang )...Tapi apapun, persatuan mesti digerakkan.. Justeru, pembentukan satu jawatankuasa yang baru telah dibentuk...Tapi miss mod minta maaf tak dapat senaraikan jawatnkuasa yang baru sebab tak tulis hari tu..dan tak ingat..Namun begitu, ketua atau pengerusi baru dan timbalannya tetap diingat...hehe


Pengerusi : Amri Izzad bin Tahir
Tim Pengerusi : Haslina binti Brahim


Untuk jawatnkuasa yang lain, rujuk dgn setiausaha kita, Miss Shikin Johan..huhu... Apapun, moga kali ini persatuan ini bertambah aktif dalam usaha mengekalkan budaya berkompang agar tidak hilang ditelan arus kemajuan...

Sebelum menutup tirai bicara, miss mod selitkan kenangan ahli persatuan dengan mantan pengerusi yang sentiasa kami ingati...


Jamuan terakhir persatuan kompang IPG Kampus Keningau 2009



Kenangan 2008 & 2009 (Part I)


Kursus Tarian Guru Prasekolah Bahagian Keningau





Suasana kelas prasekolah yang amat disayangi..

ex monitor yang berkaliber dan penyanyi utama kelas prasekolah




Majlis konvokesyen prasekolah 2009



Pendidikan Luar di Teluk Usukan, KB..
Singgah sebentar di kaki gunung untuk mengambil gambar..


Peserta Program Pendidikan Luar Semester III 2008


Keindahan puncak Gunung Kinabalu yang menyejukkan mata


Teluk Usukan dari pandangan atas semasa berjalan-jalan di kawasan sekitar



Keceriaan para peserta menanti giliran untuk berkayak


Inilah wajah-wajah ahli kumpulan Tondoyutung..the winner of the whole race..hehe