Think....Feel...and...see.....

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu..




Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia..

Lama miss mod tak update blog ni yer..almaklumlah..semua pun sibuk dengan pelbagai aktiviti lain..Sampai ada yang bertnya, bila nak update blog? Hm..sapa suru tak nak tolong miss mod cari bahan..hehe

Sempena sambutan hari ibu..miss mod pun tfikir utk buat cerita pasal ibu pl..Lebih-lebih lagi semua ahli prasekolah adalah kaum hawa yang bakal bergelar ibu (insyaAllah) dan pagi tadi preschool's members telah mengendalikan perhimpunan rasmi dengan tema hari ibu..

Walaupun orang kata kaum wanita ni cerewet, banyak songeh dan macm-mcam lagi, tak apalah..Secerewet mana pun kaum hawa, kaum adam pasti akan memilih kaum hawa untuk jadi teman hidupnya..betul tak? Benarlah, adam tak lengkap tanpa hawa..

Apapun, miss mod bharap kita semua yang jauh dari keluarga ni jangan sesekali melupakan mereka yang cukup istimewa khasnya insan bernama ibu.
Jangan sesekali kita lupa perjuangan ibu bergadai nyawa untuk melahirkan kita dan membesarkan kita..
Bukan sedikit peluh dan air mata yang jatuh ke bumi dalam memastikan kita jadi seperti apa adanya hari ini..
Justeru itu, hargailah ibu kita..sayangi dia seadanya..jagalah hatinya dan jangan sakiti dia..bersyukurlah kita pada Tuhan kerana mengurniakan kita seorang ibu yang sanggup menggadaikan nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini..

Biar setinggi mana pun kejayaan kita..
Biar segah manapun kita berdiri..
Biar sejauh manapun kita melangkah..
Kita semua lahir dari rahim seorang insan yang cukup isitimewa bergelar 'ibu'..
Biarpun dunia merayakan hari ini untuk semua ibu,
namun..bagi kita..setiap hari, hari ini dan hari seterusnya adalah hari untuk merayakan kasih dan sayang ibu kita...

Terima kasih ibu...:)






0 comments: