1. Setiap pendidikan seni visual diharapkan dapat memahami dan menggunakan pengetahuan mengenai kreativiti sebagai suatu budaya hidup dan amalan pengajaran bagi melahirkan insan yang kreatif dan inovatif bersesuaian dengan matlamat pendidikan seni kanak-kanak.
a) Berikan definisi kreativiti
- Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
b) Nyatakan definisi kreativiti oleh June King McFee dan E.Paul Torrance
- June King McFee mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.
c) Nyatakan dan huraikan empat ciri kreativiti guru pendidikan seni visual yang seharusnya dimiliki dan diaplikasikan dalam bidang tugasnya.
i) Bersifat fleksibel iaitu berupaya menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi dalam kelas selain mempunyai keyakinan optimum sekiranya berlaku kemalangan kecil semasa menjalankan aktiviti seni.
ii) Sensitif dan peka. Seorang guru pendidikan seni visual harus memiliki daya sensiviti yang tinggi terhadap persekitarannya termasuklah gaya hidup dan deria dalaman terhadap persepsi estetik khususnya dalam bilik darjah.
iii) Bersifat terbuka iaitu dalam memberi dan menerima pandangan murid mengenai hasil karya dan kerja mereka. Guru yang kreatif juga seorang yang bersikap bebas dan demokratik dalam sesi pengajarannya.
iv) Berfikiran logik dan bebas. Logik dalam konteks kreativiti seorang guru merujuk kepada penilaian terhadap sesuatu berdasarkan baik buruk akibat perkara tersebut. Bebas pula bermaksud fikiran guru tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. Mereka bijak dalam merancang dan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.
2. Menurut Victor LowenFeld (1975), pengembangan galakan pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau juga turut menegaskan bahawa sekatan dan halangan terhadap pengembangan kreativiti disebabkan oleh dua faktor utama. Jelaskan dua faktor tersebut.
a) Halangan bersifat psikologi atau emosi
- Merujuk kepada tekanan apabila murid tidak memperoleh jawapan ke atas persoalan dan kemusykilan yang wujud dalam diri mereka. Lazimnya, ibu bapa cepat bosan terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh anak mereka menjadikan mereka serik untuk bertanya.
b) Halangan persekitaran atau budaya
- Merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif dan tidak membina daya kreativiti mereka. Sistem persekitaran atau budaya dsekolah yang tidak menggalakkan murid bertanya, sebaliknya guru yang banyak bertanya kepada murid membantutkan perkembangan kreativiti kanak-kanak ini.
3. Jelaskan dua tahap pemikiran kreatif seperti yang diterangkan oleh Fisher (1943)
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik. Justeru itu, latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi dan kajian boleh membantu.
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
4. Apabila proses aktiviti melukis dijalankan, kebolehan kanak-kanak meningkatkan daya persepsi serta berupaya mengimbangi emosi mereka, membantu kanak-kanak meningkatkan daya imaginasi mereka. Jelaskan dua peranan yang mana aktiviti melukis mereka membantu kanak-kanak ini ( kepentingan PSV )
a) Melukis sebagai Medium Komunikasi
- Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
- Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)
- Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
5. Dalam peringkat manipulatif atau zaman kanak-kanak( 2 hingga 4 tahun ) secara umumnya terdapat empat peringkat contengan. Huraikan empat peringkat tersebut.
a) Contengan garisan tidak terkawal
kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang
b) Contengan garisan terkawal
garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama
c) Contengan rupa terkawal
memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka
d) Contengan rupa
kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.
Friday, February 12, 2010
Tugasan Minggu 6 PRA3106
Posted by Pismp Preschool at Friday, February 12, 2010 0 comments
Labels: nota
Wednesday, February 3, 2010
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran
mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.
1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek
di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding
dengan hasilan akhir.
(d) Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
(e) Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni
juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.
1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS
(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan
yang berkesan untuk berinteraksi.
(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak.
(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self
Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak
dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
http://tadikaperpaduans24.blogspot.com/2008/08/kepentingan-seni-visual-dalam.html
Posted by Pismp Preschool at Wednesday, February 03, 2010 0 comments
Labels: nota
Monday, January 18, 2010
Faktor-faktor yang menghalang perkembangan kreativiti kanak-kanak
Faktor sumber manusia :
I. tekanan supaya mengikut norma masyarakat yanga ada. Oenghalang utama di mana individu diarahkan suoaya mematuhi peraturan yang sedia ada. Selain itu, ibu bapa dan guru yang memilik sifat peribadi yang kuku besi,yang pentingkan disiplin serta mendidik kanak-kanak supaya patuh pada arahan juga akan menghalang kreativiti kanak-kanak
II. Kecatatan anggota badan : kecatatan anggota badan akan menghalang kreativiti kanak-kanak. Contohnya : jika cacat fizikal sudah tentu sukar untuk individu melahirkan kebolehan kreativiti dalam kemahiran melukis.
III. Kurang keyakinan diri : tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Perasaan in timbul apabila seseorang cuba merendahkan semangat orang lain ataupun tidak menghargai sesuatu perkara yang dilakukan.
IV. Takut untuk mengambil risiko : takut melakukan kesilapan, kritikan yang positif mahupun yang negatif.
V. Takut ditertawakan oleh orang lain : rasa terhina dan rendah diri apabila hasil yang dicipta ditertawakan.
Faktor sumber fizikal :
I. Peralatan yang tidak mencukupi
- contohnya apabila dalam sesebuah bilik darjah tidak mempunyai peralatan yang mencukupi seperti pensel warna,kertas lukisan, krayon dan sebagainya.
II. Suasana kelas yang tidak kondusif : contohnya kelas yang membosankan yang tidak menggalakkan kreativiti kanak-kanak.
Faktor persekitaran :
1. tempat tinggal kanak-kanak jauh dari kawasan permainan. Untuk menjadi seseorang yang kreatif sesorang haruslah mempunyai sikap suka bermain dengan pelbagai idea, mahu berfantasi serta berangan-angan. Individu yang mempunyai sikap seperti ini sering dianggap tidal serius, tidak matang dan suka membuang masa namun pada hakikatnya perbezaan sikap tersebut menghasilkan kreativiti. Tekanan kerana tidak dapat bersosial dengan persekitaran akan menyebabkab kanak-kanak tidak dapat berkembang dari segi kreativiti.
2. Sosioekonomi keluarga kanak-kanak : faktor kewangan iaitu keluarga yang tidak mampu membelikan peralatan seni untuk kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menunjukkan kreativitinya.
Posted by Pismp Preschool at Monday, January 18, 2010 0 comments
Labels: nota
