Think....Feel...and...see.....

Wednesday, October 20, 2010

BIG's memory (Kg. Malima, Sook)

Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum..salam sejahtera..salam ukhwah dan salam 1 Malaysia..

Mohon maaf atas 'kejarangan' miss mod mengemaskini blog kelas ni..Bukan tak mau update tapi..hm..faham2 la..huhu..
Berikutan permintaan utk paparan kenangan masa BIG hari tu, adalah sikit gambar tuk tatapan para penjenguk. Miss mod percaya gambar2 ni, kalau buka kat fb korang, mesti lagi banyak..ada yang edit2 lagi. Hah... ni gambar yang pure tak edit..hehe..

Untuk makluman para penjenguk dari luar, BIG (Bina Insan Guru) kami dah masuk fasa ke 4 ni..dan untuk kali ni, kami bergabung dengan opsyen Pengajian Sosial, utk program Kembara Sosial (program anak angkat ) di Kampung Malima Sook. Biar tak jauh mana pun berjalan, yang penting, pengalaman yang diperoleh tak ternilai harganya. Banyak pengalaman baharu yang dilalui, dan selaku orang kampung jati,miss mod harap rakan-rakan sekalian dapat mengambil pengajaran dari program ni..hehe..Terutama Becca, yang sebelum ni berkata pada miss mod, "Betul-betul kampung oh. Pertama kali saya rasa betul-betul di kampung. Tapi best..." Hoho..Becca, anda memang sporting dan sentiasa fun. Sebab tu adik angkat dalam family korang melekat kat hang..haha..

So..ni lah sebahagian dari kenangan yang ada. InsyaAllah, lain masa, miss mod akan paparkan gambar yang selebihnya. Maklumlah, masih guna cara manual bha ni. Tak secanggih fb korang..huhu..
Bha..selamat melihat..hehe

Banner yang dah siap..

Proses penghasilan banner antara opsyen

Team Prasekolah

Team KS

Taklimat terakhir bersama penyelaras BIG, En. Mohd Johan pada malam terakhir sebelum bertolak ke lokasi

Hari yang indah dan cerah untuk memulakan program

Berhimpun untuk acara pelepasan oleh Timbalan Pengarah

Pelepasan oleh Tuan Timbalan
Jom...Malima marii...

Disambut dengan paluan gong oleh penduduk kampung sebaik tiba di Dewan WiraPara ibu yang hadir menanti untuk menerima anak angkat baru
Our beloved tutor (Mr Suraini Hj Mohd Sukindar)..menanti tuteenya selamat diserahkan kepada keluarga angkat
Antara para bapa..ayah..abah..yang hadir..hehe


Majlis penyerahan anak angkat (haah.. salam..cium tangan bapa..)

Aktiviti 1-Program Bimbingan Cara Belajar
Antara wajah adik-adik yang hadir untuk program bimbingan
Sesi ice breaking

LDK bermula- masuk kumpulan masing-masing bersama adik-adik
ni kumpulan miss mod (Safuan agak malu untuk bercakap)

Okay...Safuan dah berani..Bell tak payah ajar..dia bercakap terus..hehe

Ini dia puteri-puteri prasekolah..bergambar nombor 1, sampai abis filem pun takpa..heheNi lagi puteri prasekolah..Hiah dan Kunai juga paling mantap..haha

Yang ni...miss mod dah lupa dorang nak buat apa..hehe
Okay..setakat itu sahaja untuk paparan kali ini. Baru hari pertama tu, belum hari kedua dan ketiga...so..to be continued..insyaAllah...


p/s: Team Preskul dah kalah 2 game (Futsal n netball-kalah tipis ja) dalam karnival sukan, tapi tak kan menyerah selagi berpeluang..petang ni bola baling..so good luck to all players...kalah atau menang tak penting, yg penting kita enjoy and safety first ye...

0 comments: