Think....Feel...and...see.....

Tuesday, July 6, 2010

Selamat Berkuliah

Assalamualaikum...salam sejahtera..salam 1 Malaysia..

Akhirnya..kita bertemu lagi bagi semester yang keempat dalam tahun kedua pengajian ijazah di institut yang penuh bererti ini. Alhamdulillah, keputusan exam pun dah kuar kan? So..miss mod harap, apapun, berapa pun pointer yang kita dah dapat, janganlah kita cepat putus asa or lupa diri. Kalau menggembirakan, syukur alhamdulillah, dan jika sebaliknya..teruskan usaha kerana yang penting adalah usaha, dan bukan hasil..

Meskipun interaksi sudah bermula untuk minggu yang kedua, namun miss mod mempunyai firasat yang rakan-rakan semua masih terbayang-bayang akan cuti semester yang baru berakhir. Rasanya kita semua belum pulih dari sindrom cuti semester. Tak pa..plan-pelan kio..nanti dah sibuk, mesti nak balik bercuti sehari pun berfikir berkali-kali. Hehe..

Semester baru, subjek baru, pakaian baru dan elaun baru sedang dinantikan...Harap-harap semester akan menjadikan kita semua lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran yang lebh mencabar..

Selamat berkuliah semua...

Thursday, May 27, 2010

BIG Fasa II 2010 in memory


Assalamualaikum....Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah, pada 25 April lalu, berjaya jua kita melaksanakan program BIG biarpun serba kekurangan dan dikekang banyak masalah yang tak terjangka..Itulah pengalaman namanya..
Program BIG kali ni dilaksanakan di Rumah Anak Yatim Tambunan (RAY) dengan melibatkan seramai 41 orang guru pelatih yang terdiri daripada gabungan dua buah opsyen (PISMP Prasekolah dan PISMP Bm Ambilan Januari 2009)..

Ketibaan pada kira-kira jam 8 beberapa mint pagi tu disambut oleh wakil Ray (En Abd Gapar) yang juga merupakan Penolong Pengetua RAY.

Meskipun hanya setengah hari kita berada di sana, namun banyak perkara baru yang telah kita pelajari, betul tak? Dalam keriangan kita meneruskan kehidupan yang penuh warna warni di institut, masih ramai insan di luar sana yang memerlukan perhatian dan bantuan dari kita...seperti adik-adik ni..

Seperti kaiat En Abd Gafar, bukan wang ringgit semata yang mereka cari, yang mereka perlukan..tapi mereka dahagakan sokongan, motivasi dan kasih sayang dari insan-insan di sekeliling mereka. Jadi..bersyukurlah kita kerana dikurniakan kehidupan yang lebih baik dari yang kita sangka, dan dalam masa yang sama..jangan lupa insan yang kurang bertuah ini.. bantulah selagi terdaya...


Gambar 3 adik muda ni sebagai pembuka bicara...


Wakil RAY (En Abd Gafar)
Barisan tetamu (dari kiri : En Shamrin, Ustz Hafidz, En Abd Gafar )
Wajah-wajah jejaka Pismp BM
Siapa paling macho?


Penyelaras BIG (En Johan )


Yang paling cool dan sporting.. (Ustz Hafidz)


Kenangan sebelum bertolak balik ke institut






adik-adik...jangan tolak-tolak...

Saat keletihan menguasai diri...di mana pun ble landing...


Seriusnya cik Sylvia..


Masa-masa bekerja....( nanao interprem..hoho..)


ok loii..ko memang pakar mencedok...logot-logoton kio..

Hoe..pa yang hang tunjuk tu?

Adik-adik yang punya harapan tinggi...

Terbang hingga ke awan....

Alaa Boi..adik tu lagi pandai posing tau...


Hm...ni gambar yang paling miss mod suka....:)



Apapun...moga program yang telah kita lalui menjadi medan untuk kita melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza dan moga kehadiran kita ke sana membuka ruang baru untuk mereka melihat dunia luar dan menjadi pendorong kepada mereka untuk berusaha segigih dan sebaik mungkin untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara...

Moga adik-adik semua berjaya dan cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat...

Sunday, May 23, 2010

PRA3105

Pendekatan gabungjalin (inkuiri dan projek)

Faktor perkembangan kognitif kanak-kanak

Analisis perbezaan teori Piaget dan Vygotsky

Pembelajaran NCTM

Kriteria dalam kurikulum kognitif awal kanak-kanak

Kemahiran proses sains

Peringkat yang perlu diikut kanak-kanak semasa pemerhatian berdasarkan forman dan kushner (yang ni ntah nama tokoh or apa..first time dengar..)


Goodluck to all...

Saturday, May 15, 2010

Soalan untuk latihan




EDU3104
VERSI 1 Struktur & Esei

i. Peranan guru sebagai pembimbing
ii. Hubungan sosial / interaksi dalam bilik darjah
iii. Peneguhan positif-contoh dan tujuannya
iv. Nyatakan contoh komunikasi yang baik
v. Guru asertif dalam pengurusan bilik darjah
vi. Pengajaran yang konsisten
vii. Bidang mengawal tingkahlaku murid dengan cara menyimpan rekod murid
viii. Cara mengatasi pengurusan masa
ix. Konsep murid yang 'destrutif' dan masalah yang dibawa
x. Kes yang melibatkan situasi deskrutif
xi. Pentaksiran ujian
xii. Masalah disiplin murid dan jenis-jenisnya
xiii. Ciri-ciri murid berkeperluan khas
xiv. Strategi untuk mengatasi masalah murid yang pintar cerdas



VERSI 2 Struktur

i. Konsep PBD
ii. Peranan guru dalam bd-hubungan guru dgn murid/kepentingan hubungan
iii. Pengurusan disiplin bd (konsep disiplin, 4 model )
iv. Perancangan bilik darjah yang berkesan

Esei

i. Peranan guru (persekitaran pembelajaran yang kondusif)
ii. Pengurusan pentaksiran bd
iii. Masalah disiplin (jenis-jenis masalah tingkahlaku / intervensi / sebab
iv. Cara pengurusan bilik darjah murid berkeperluan khas ( intervensi / banding beza autisme dan disleksia )



p/s : Soalan di atas cuma ramalan dan jadikan latihan..tak jamin 100% kuar dalam exam..

Good Luck to you all....