Think....Feel...and...see.....

Friday, July 31, 2009

Kenangan Semalam

Assalamualaikum..Salam muhibah, salam ukhwah dan salam sejahtera semua puteri-puteri prasekolah yang comel loteh.
Akhirnya, setelah lama menyepi, dapat juga update blog ni. Apapun, janganlah mengharap moderator seorang meng'update' blog ni..huhu. Penat lah..Tolong-tolonglah bhaa..Kan tolong menolong tu amalan mulia.
Hamba tengah mengumpul semua maklumat terkini berkenaan perjalanan aktivti kita sepanjang 2 3 minggu ni. InsyaAllah, dalam masa terdekat, akan meriahlah blog ni dengan gambar-gambar yang di luar jangkaan.Hahaha..Jagalah korang semua.

Sebelum tu, tengah asyik hamba mencari gambar-gambr kita zaman muda2 dulu, terjumpalah gambar yang tak berapa 'dulu' ni. Hehe..Gambar sem2 lalu ni ..Tataplah sebagai renungan masa hadapan. Hiah..mencapub depan kamera..haha. Buat muka serius la bha lain kali..

Geng Sarawakian yang ceria-ceria semuanya. Senyum seindah suria....

Memori semasa menjadi pasukan koir IPGM Kampus Keningau. Ingat tak masa bila kita ambik gambar ni? Mesti korang lupa kan? Ish..ish...nilah suka makan maggi...Ingat sendiri la..huhuhu



Dari kiri : Becca, Santa, Edna, Theresia dan Hiah. Siapa paling comel? Undi..jangan tak undi. Semua ni wakil unduk ngadau dari serata borneo.
Becca tue juara unduk ngadau di Mukah tau. hihiii
Atutz pula dah bersara sebab nak jadi 'dekan' prasekolah yang paling berwibawa dan berdedikasi..:)

Monday, July 6, 2009

Result Exam....

Selamat menghayati kesudahan semester 1 dalam result yang terpampang di depan pejabat SUP...
Tahniah kepada sesiapa yang berjaya mengekalkan dan mempertingkatkan prestasi, dan selamat berusaha kepada yang masih belum berpuas hati dengan pencapaian masing-masing.
Jangan kecewa atau putus asa sahabatku.. Perjalanan baru bermula. Apa yang kita dapat, itulah yang setimpal dengan usaha kita. Muhasabah diri selalu. Mungkin kita lebih kuat berusaha semester lalu, tapi keputusan kurang memuaskan sebab kita ada 'hutang' dengan sesiapa atau denganNya. Bukanlah maksudku hutang piutang duit atau wang ringgit.
Mungkin kita belum memaafkan atau meminta maaf dari seseorang, mungkin kita sering lupa padaNya saat bertungkus lumus masa tengah study, mungkin kita tidak cukup ikhlas untuk belajar dan menuntut ilmu..dan banyak lagi kemungkinan lain.
Maaflah ayat-ayat cintaku ini seperti agak membosankan( mcm ceramah )..tapi ini sekadar perkongsian hati antara kita semua .. Maaf kalau ada yang tersinggung, maaf kalau ada yang terasa, itu lumrah dunia. Tak semestinya kita di atas aja. Kata orang, hidup ni macam roda..betullah tu geng..
So, apa yang penting, terima seadanya dengan ikhlas dan bersama-samalah kita meningkatkan usaha untuk memperbaiki prestasi diri, bak kata potongan lirik dalam lagu IPGM, 'menjunjung visi misi Ipg..'
Try our best in the next exam..:)..

Monday, June 22, 2009

SELAMAT KEMBALI KE IPGM KAMPUS KENINGAU

Assalamualaikum dan salam muhibah semua..
wah.. pejam celik pejam celik..da masuk ke sem 2 kita rupanya ya..Cepat benar masa berlalu
Tak sedar cuti da tamat..msti semua tertanya2 result exam 1st d alam degree..hehe..
Apa pun, selamat berjuang untuk semester kedua ni..Perjuangan baru bermula, so..
keep up the good work girls..:)

Wednesday, June 10, 2009

Pendidikan Prasekolah?

Perkataan 'Prasekolah' berasal dari perkataan bahasa Inggeris 'pre-school' yang merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.
Pendidikan Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan nnegara ini. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.