Tengah tengok2 gambar lama masa kita muda2 dulu, miss mod terfikir la andai kita join lagi apa pun games kali ni, tak kiralah futsal ka badminton, bola tampar or bole tendang..hehe..ada peluang tak jadi juara?
Sebab dalam beberapa tahun kebelakangn ni, team kita memang aktif join pa juga games tapi macam asyik di tangga ke 2 or 3..Adakah sebab kita da meningkat usia, jd tenaga da kurang nak mengejar bola? Atau berat badan semakin meningkat?Atau kemalasan berlari mengejar bole melanda emosi? Cewah..
Apapun, harp2 tahun ni semangat kesukanan dan kerjasama dalam team kita tetap utuh dan padu, so kita boleh lagi join aktiviti di ip dengan penuh semangat..
Untuk menggamit memori kita dalam perlawanan futsal tahun lalu, sama2 kita saksikan gambar2 kita yang comel ni...
Preskul vs Bm..kawan tetap kawan, jumpa digelanggang, tetap lawan..
siap bawa kompang lagi..semangat tu kena ada..
Biar pun panas terik, semangat berposing tetap ada..
Cella risau melihat aksi para pemain Preskul yang makin 'down'
Monday, January 11, 2010
futsal..we are among the best..betul ka..
Posted by Pismp Preschool at Monday, January 11, 2010 0 comments
Labels: cerita kita
Thursday, January 7, 2010
Jawatankuasa Prasekolah Sem III
Ketua Opsyen: Cung
Penolong Ketua Opsyen : Kak Inna
S/u : Syl
Bendahari : Nanao
SUB AJK :
Fotostat : Santa, Dana, Cyla
Kebersihan : Bell, Ani
Keceriaan : Tres, Edna, Ct
PRA3106 : Dyn, Alyaa
PRA3105 : Fatin, Maz
EDU3104 : Midia, Hiah
WAJ3106 : Becca, Ebah
PJM3106 : Enutt, Lynn
ELS3101 : Ac, Kunai
Pesan org atsan...sila jalankan tugas anda masing2 ya...hoho.....
Posted by Pismp Preschool at Thursday, January 07, 2010 0 comments
Monday, January 4, 2010
Tahun baru..Kuliah mula..

Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia..
Yo...yo...bertemu semula..adakah anda telah bersiap sedia untuk memulakan sesi pembelajaran yang baharu?
Sebelum tu, sebagai wakil diri sendiri ( huhu.. ) miss mod nak minta maaf lah sebab lama tak kemas kini blog ni. Agak sibuk menjalani kursus rumah tangga masa cuti ni.
Mungkin belum terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru Hijrah dan tahun baru Masehi kepda semua rakan-rakan dan warga dunia. Apakah azam baru anda semua? Hiah kata, azam barunya nak kuruskan badan..( Hehe..jangan marah Hiah..)
Semuanya penuh dengan 'baru2' bila bertemu semula. Ada yang rambut baru, baju baru, kasut kuliah baru, duit baru, laptop baru..dan macam2lah yang baru.
Dan untuk hari pertama sesi kuliah hari ni,ketua kelas pun baru juga turut dilantik sama..Oleh kerana jurukamera belum memberi miss mod foto penyerahan watikah buku kuning ketua kelas lama kepada ketua kelas baru, jadi tak dapatlah di'publish'kan fotonya kali ini..( Maaf atas sebarang kesulitan )
Apapun, selamat memulakan kuliah di tahun baru....
Posted by Pismp Preschool at Monday, January 04, 2010 0 comments
Sunday, December 6, 2009
Cinta Matematik
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan
Dirimu : Aku tidak percaya kepadamu kerana engkau ada kekasih baru untuk menjalankan tindakbalas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Dirimu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.
Aku : Tapi adalah pemalar!
Dirimu : Aku khuatir engkau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segitiga untuk menyelesaikannya.
Dirimu : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?
Aku : Ya, aku percaya tetapi aku mahu semua itu dlam bentuk lazim.
Dirimu : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkehwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.
Aku : Kau harus bersabar kerana sabar itu 0.5 daripada iman.
Dirimu : Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23
Dirimu : ??????
Posted by Pismp Preschool at Sunday, December 06, 2009 0 comments
Labels: Gelak Tawa
