Think....Feel...and...see.....

Friday, February 12, 2010

Tugasan Minggu 6 PRA3106

1. Setiap pendidikan seni visual diharapkan dapat memahami dan menggunakan pengetahuan mengenai kreativiti sebagai suatu budaya hidup dan amalan pengajaran bagi melahirkan insan yang kreatif dan inovatif bersesuaian dengan matlamat pendidikan seni kanak-kanak.
a) Berikan definisi kreativiti
- Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
b) Nyatakan definisi kreativiti oleh June King McFee dan E.Paul Torrance
- June King McFee mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.
c) Nyatakan dan huraikan empat ciri kreativiti guru pendidikan seni visual yang seharusnya dimiliki dan diaplikasikan dalam bidang tugasnya.
i) Bersifat fleksibel iaitu berupaya menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi dalam kelas selain mempunyai keyakinan optimum sekiranya berlaku kemalangan kecil semasa menjalankan aktiviti seni.
ii) Sensitif dan peka. Seorang guru pendidikan seni visual harus memiliki daya sensiviti yang tinggi terhadap persekitarannya termasuklah gaya hidup dan deria dalaman terhadap persepsi estetik khususnya dalam bilik darjah.
iii) Bersifat terbuka iaitu dalam memberi dan menerima pandangan murid mengenai hasil karya dan kerja mereka. Guru yang kreatif juga seorang yang bersikap bebas dan demokratik dalam sesi pengajarannya.
iv) Berfikiran logik dan bebas. Logik dalam konteks kreativiti seorang guru merujuk kepada penilaian terhadap sesuatu berdasarkan baik buruk akibat perkara tersebut. Bebas pula bermaksud fikiran guru tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. Mereka bijak dalam merancang dan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.

2. Menurut Victor LowenFeld (1975), pengembangan galakan pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau juga turut menegaskan bahawa sekatan dan halangan terhadap pengembangan kreativiti disebabkan oleh dua faktor utama. Jelaskan dua faktor tersebut.
a) Halangan bersifat psikologi atau emosi
- Merujuk kepada tekanan apabila murid tidak memperoleh jawapan ke atas persoalan dan kemusykilan yang wujud dalam diri mereka. Lazimnya, ibu bapa cepat bosan terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh anak mereka menjadikan mereka serik untuk bertanya.
b) Halangan persekitaran atau budaya
- Merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif dan tidak membina daya kreativiti mereka. Sistem persekitaran atau budaya dsekolah yang tidak menggalakkan murid bertanya, sebaliknya guru yang banyak bertanya kepada murid membantutkan perkembangan kreativiti kanak-kanak ini.



3. Jelaskan dua tahap pemikiran kreatif seperti yang diterangkan oleh Fisher (1943)
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya.

(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik. Justeru itu, latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi dan kajian boleh membantu.
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

4. Apabila proses aktiviti melukis dijalankan, kebolehan kanak-kanak meningkatkan daya persepsi serta berupaya mengimbangi emosi mereka, membantu kanak-kanak meningkatkan daya imaginasi mereka. Jelaskan dua peranan yang mana aktiviti melukis mereka membantu kanak-kanak ini ( kepentingan PSV )
a) Melukis sebagai Medium Komunikasi
- Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
- Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.


c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)
- Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

5. Dalam peringkat manipulatif atau zaman kanak-kanak( 2 hingga 4 tahun ) secara umumnya terdapat empat peringkat contengan. Huraikan empat peringkat tersebut.
a) Contengan garisan tidak terkawal
 kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang
b) Contengan garisan terkawal
 garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama
c) Contengan rupa terkawal
 memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka
d) Contengan rupa
 kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.

0 comments: