Think....Feel...and...see.....

Thursday, November 5, 2009

Mungkin Soalan Spot..heheh....

Assalamualaikum..

Kepada semua rakan-rakan, di bawah ni ada sedikit soalan yg disampaikan oleh sahabat moderator. Janganlah terlalu berharap soalan ni la 100& yang keluar ya..Yang penting, kita berusaha sebaik mungkin...Okay? Jia you ( 100x ).....

PJM3102
objektif =
: konsep pa- manipulasi alatan- lokomotor-bkn lokomotor
: pp kemahiran pa
kepentingan, objektif, konsep permainan knak2
: model bnker n thorpe
: pengurusan/pengelolaan kanak2
: kategori/jenis2 permainan
: penialaian-alat pengukuran ujian gred
: struktur =
konsep/pengertian pa
: jenis pa
p n p kemahiran pa - kaedah/teknik
bunker n thorpe - pengenalan, kategori, konsep, prinsip ( UTAMA NIIH..)
esei = konsep, pengenalan pa
: pengurusan n pengelolaan permainan knak2 - kawalan, kawasan, keselamatan
penilaian – POSDCoRB


EDU3103( IPIK )

Bahagian B
1. a) Konsep gaya pembelajaran
b) 3 ciri gaya pembelajaran independent dan dependent

2. a) 2 ciri main
b) 3 kepentingan bermain

3. a) 4 aspek perbezaan murid
b) Huraikan 3(a)

4. a) Cara guru meningkatkan motivasi murid
b) 3 strategi p&p untuk memotivasikan murid dalam bilik darjah

Bahagian C
1. a) 5 ciri yang dimiliki oleh individu mengikut teori Abraham Maslow
b) 5 implikasi teori kontruktivisme dalam P&P

2. a) Jelaskan 5 perbezaan antara strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan murid
b) 5 kelebihan kaedah belajar sumbang saran

3. a) 5 ciri bilik drjah kondusif
b) Huraikan 5 implikasi model pengajaran inkuiri dalam P&P

JAWAPAN ESEI
Jawab dua soalan sahaja.
1. (a) Mengikut Maslow, individu mempunyai potensi untuk mengambil inisiatif sendiri dengan tujuan mendapat kepuasan dalam hierarki yang lebih tinggi.

Huraikan lima ciri individu yang dinyatakan di atas.

JAWAPAN:

(i) Boleh memahami hakikat yang sebenar
(ii) Boleh menerima realiti diri, orang lain dan alam semula jadi
(iii) Boleh mengikut aliran semasa tetapi tidak kehilangan jati diri
(ii) Mempunyai falsafah hidup dan moral sendiri
(iii) Mempunyai minat yang meluas terhadap pelbagai aktiviti
sosial.
(iv) Mempunyai rakan karib dan suka menolong orang lain.
(v) Mengamalkan demokrasi dan suka berjenaka.


b) Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.
Pada pandangan anda apakah implikasi Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran.

JAWAPAN:
(i) Peranan guru hanya sebagai penolong, pemudahcara dan perancang, sedangkan murid memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.
(ii) Kaedah pengajaran yang sesuai ialah kaedah koperatif dan kolaboratif.
(iii) Pengalaman dan kesediaan murid adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pemerolehan ilmu.
(iv) Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil pemerolehan
(v) Kaedah penilaian yang sesuai adalah berbentuk formatif.
(vi) Lain-lain jawapan yang munasabah


2 (a) Jelaskan perbezaan strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan murid.

JAWAPAN:

Pemusatan guru Pemusatan murid
• mengarah proses pembelajaran
• berupaya mengawal hak murid untuk menerima maklumat
• murid diibarat bekas kosong
• pengajaran utamakan murid-murid sederhana pencapaian
• semua murid berkembang kadar yang sama • setiap murid ada gaya pembelajaran tersendiri
• pembelajaran proses aktif dan dinamik demi kepentingan murid
• murid membina makna masing-masing melalui percakapan, penulisan, bacaan dll
• murid bukan bekas kosong tapi ada persepsi tersendiri
• pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan sesuai dengan minat


2 (b) Huraikan apakah tujuan anda menggunakan kaedah sumbangsaran.
(10 markah)

JAWAPAN:

• menarik perhatian murid terhadap sesuatu topik khusus
• memberi peluang menjana idea berkaitan sesuatu topik
• menerima idea orang lain
• menghormati perbezaan individu
• menggalakkan untuk sedia tanggung risiko dalam kongsi idea
• sumbangan idea dihargai
• berfikir luar biasa


3. Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif.
(10 markah)

JAWAPAN
(i) Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan murid-muridnya.

(ii) Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

(iii) Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru
sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

(iv) Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

(v) Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna.

(vi) Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

(vii) Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan.



(b) Berdasarkan Model Inkuiri, huraikan lima implikasi pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah.

(i) Menggalakkan murid terlibat secara aktif.
(ii) Murid tidak menakul secara logikal sahaja.
(iii) Penerokaan terhadap maklumat.
(iv) Membina keyakinan dan minat murid untuk membuat interpretasi sendiri terhadap fakta yang diajarkan.
(v) Menggalakkan murid menjalankan aktiviti kaji selidik secara berdikari.
(vi) Membentuk pemikiran positif murid dengan cara penerokaan saintifik.
(vii) Murid mampu meningkatkan celik akal dalam aktiviti.

0 comments: